Monyet merupakan antara salah satu haiwan ‘pintar’ yang mampu mengucar-kacirkan kehidupan orang awam yang tinggal berhampiran dengan habitat asalnya.

Baru-baru ini rakaman video CCTV yang dimuat naik oleh seorang wanita di platform TikTok menunjukkan seekor monyet ‘mengopak’ nombor plat sebuah kereta Proton Saga telah menarik perhatian orang ramai.

@hhtysm

Dah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ #monkey #fypシ #fypdongggggggg #monkey #fypgakni

♬ original sound – W – W

Menurut pengguna akaun TikTok @hhtysm, ini bukan kali pertama monyet tersebut berbuat sedemikian, rakaman video CCTV yang dikongsikan merupakan kali ke-7 monyet tersebut mencuri nombor plat kereta miliknya.

Ramai netizen yang terhibur melihat gelagat monyet tersebut bersungguh-bersungguh mencabut nombor plat kereta itu yang bukan boleh berikan manfaat kepada monyet tersebut.

Orang ramai berkongsi pelbagai ‘teori’ menerusi ruangan komen kenapa monyet tersebut ‘istiqamah’ berbuat sedemikian berkali-kali tanpa ada perasaan serba salah.

vocket-monyet-curi-nombor-plat-kali-ke-7-3

Sumber Gambar: TikTok @hhtysm

vocket-monyet-curi-nombor-plat-kali-ke-7-5

Sumber Gambar: TikTok @hhtysm

vocket-monyet-curi-nombor-plat-kali-ke-7-6

Sumber Gambar: TikTok @hhtysm

vocket-monyet-curi-nombor-plat-kali-ke-7-8

Sumber Gambar: TikTok @hhtysm

vocket-monyet-curi-nombor-plat-kali-ke-7-10

Sumber Gambar: TikTok @hhtysm

vocket-monyet-curi-nombor-plat-kali-ke-7-9

Sumber Gambar: TikTok @hhtysm

vocket-monyet-curi-nombor-plat-kali-ke-7-11

Sumber Gambar: TikTok @hhtysm

Menurut pemilik kereta Proton Saga ini, dia pernah membaling selipar terkena kepala monyet tersebut lalu menyebabkan ia masih ‘berdendam’ dengannya sehingga sanggup mencuri nombor plat sehingga 7 kali.

Tambah @hhtysm lagi, anggota polis tergelak sewaktu ditahan di sekatan jalan raya.apabila dia memberikan alasan nombor plat keretanya hilang akibat dicuri monyet.

Semoga @hhtysm dan monyet tersebut dapat ‘berdamai’ dalam masa terdekat ini dan tiada lagi kes nombor plat kereta dicuri pada masa akan datang.

Pelik iPhone hilang secara tiba-tiba, lelaki ini kongsikan rupa sebenar pencuri telefonnya. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Disangkakan Toyol Rupanya Monyet, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Lucu iPhone Dicuri Oleh Entiti ‘Misteri’

Anda Mungkin Suka