Ini bukan kali pertama dia buat kerja gila. Tapi kali ini KiWi atau nama sebenar Keow Wee Loong mengambilnya sebagai cabaran.

Menurut KiWi, beberapa hari lepas dia bertemu dengan seorang jurugambar professional yang mengaku ada 15 tahun pengalaman dalam bidang fotografi perkahwinan. Tapi yang buat KiWi rasa tercabar apabila lelaki tersebut berkata baju mahal adalah antara elemen penting untuk hasil gambar yang cantik dan padu.

Bagi KiWi ini pendapat yang salah dan merupakan satu manipulasi. Maka dia mengambil ini sebagai satu cabaran yang mesti disahut.

gambar-kahwin-7

gambar-kahwin-8

Bermula dengan membeli 2 pasang baju kahwin dengan harga RM80 (total) di Timesquare, KiWi dan isterinya Martha ke Cameroon Highland. Perjalanan bermula jam 12 tengah malam, tiba jam 6 pagi.

Jam 7 pagi shooting bermula, dan siap 4 jam kemudian iaitu pada jam 12 tengahari. Dan inilah hasilnya.

gambar-kahwin-1

gambar-kahwin-2

gambar-kahwin-3

gambar-kahwin-4

gambar-kahwin-5

gambar-kahwin-6

Bagi kami memang padu gambar ini. Yang penting ada ‘mata’, kreatif, skill dan tak perlu pengalaman yang lama, apatah lagi baju kahwin yang mahal. Bajet kecil pun boleh dapat hasil best.

Bagi anda yang teringin nak ada gambar lain dari yang lain seperti ini, boleh hubungi KiWi di Facebook atau di FB page KM.co  untuk gambar pre and post wedding rare.

KM.co adalah projek terbaru KiWi yang memberi fokus kepada gambar-gambar pra perkahwinan lain dari yang lain.

Menurut KiWi, jika nak gambar cantik carilah jurugambar yang kreatif dan ada skill, bukan jurugambar yang promot baju mahal.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤