Menurut Tech Insider, baru-baru ini, seorang penggodam bernama Samy Kamkar telah berjaya mencipta sebuah peranti bernama Rolljam yang berharga US$30 (RM120) dengan mengeksploit kelemahan yang terdapat pada sistem kawalan jauh kereta. Mengikut majalah itu, Kamkar juga berjaya membina sebuah peranti yang boleh digunakan untuk menggodam sistem OnStar dari General Motor tanpa penyambungan wayar. (Pihak Onstar dan General Motor melaporkan yang mereka telah menutup kelemahan ini.)

rolljam-01

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Kamkar mengeksploitasi kelemahan yang terdapat dalam sistem kawalan jauh kereta dan garaj yang telah wujud sejak dahulu. Sistem kawalan jauh kereta, sama seperti sistem kawalan jauh garaj, menggunakan rolling codes untuk mengesahkan akses.

Rolling codes berfungsi seperti berikut. Apabila pemilik kenderaan menekan butang ‘unlock’ pada alat kawalan jauh, satu kod unik dihantar kepada sistem kereta, pintu akan terbuka dan kod yang sama tidak akan digunakan semula. Walaupun kod ini tidak dapat digunakan semula, tiada tarikh atau masa luput apabila kod ini digunakan, dan Rolljam menggunakan kesempatan ini untuk berfungsi.

Penggodam hanya perlu meletakkan peranti bersaiz wallet ini berhampiran kereta yang disasarkan, dan apabila pemilik menekan butang ‘unlock’ pada alat kawalan jauh, peranti ini menyekat dan memintas isyarat tersebut (kod) dan menghalang sistem kereta daripada menerima isyarat berkenaan.

rolljam-02

Pada kali ini, pemilik yang marah akan menekan butang ‘unlock’ buat kali kedua, Rolljam (seperti di atas) akan menyekat dan mencuri kod kedua pula. Kemudian, ia akan menghantar kod pertama kepada sistem kereta untuk membuka pintu. Ini bermakna, kod kedua masih berada di dalam genggaman penggodam, dan boleh digunakan oleh mereka pada masa yang lain.

Mengikut Tech Insider lagi, Kamkar telah mencuba peranti beliau pada pelbagai jenis kereta, terutamanya Lotus Elise.

Kamkar percaya sudah tiba masanya untuk pengeluar kereta melaksanakan tarikh luput pada rolling code. “Serangan ini telah difikirkan secara teori buat bertahun-tahun lamanya. Ia bukannya perkara baru dan ia juga bukannya satu kejutan,” kata Kamkar lagi.

“Masalahnya, tiada siapa pernah membuat demonstrasi tentang perkara ini, dan ianya lucu, kerana penyelesaian masalah ini (meletakkan tarikh luput) sudah diketahui selama lebih daripada 20 tahun dan telah ditulis banyak kali, tetapi, masih, tiada siapa membuat demonstrasi tentangnya,” kata Kamkar lagi.

BACA: Designer Ini Hasilkan Konsep Kereta F1 2056 Yang Sangat Seksi

BACA Lagi: Lexus Cipta Kereta Yang Bercahaya Mengikut Degupan Jantung

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka