Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan layout terbaru aplikasi ini yang dikatakan mengelirukan. Dengan adanya Instagram Stories, lebih ramai yang kini sudah tidak lagi berlegar di aplikasi Snapchat.

Namun Snapchat menerima tamparan hebat apabila satu Tweet daripada Kylie Jenner ini membuatkan saham Snapchat turun 7 peratus; bersamaan nilai USD1.3 Billion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kylie Jenner merupakan seorang selebriti yang terkenal di seluruh dunia. Jadi dengan Tweet beliau ini, ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelabur untuk berpindah ke saham yang lain yang lebih menguntungkan. Jadi siapa yang bakal untung menerusi komen Kylie ini? Instagram.

Saham Facebook melonjak USD13 Billion selepas Tweet Kylie Jenner ini. Ianya mungkin secara kebetulan, tetapi faktor Tweet Kylie ini tidak boleh dipandang begitu sahaja. Dengan 25 juta pengikut di Twitter, Tweet Kylie ini walaupun sedikit pasti membuat pelabur ‘goyang’ dan berpindah ke saham lain yang lebih menguntungkan.

Snapchat tidaklah begitu besar di Malaysia dan ramai yang lebih senang untuk menggunakan Instagram. Untung atau rugi, bonus CEO Snapchat tetap juga tinggi.