Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kalau anda sudah tepu dengan muzik di radio dan anda juga seorang peminat muzik klasikal, anda kena hadir ke Toyota Classics 2016. Ini bukan acara untuk kereta klasik Toyota, tetapi persembahan orkestra klasikal dari pemuzik hebat dari luar negara.

Selalu anda dengar muzik klasikal dalam filem-filem hebat seperti Lord Of The Rings dan Harry Potter sahaja. Apa kata anda ambil peluang ini untuk dengar muzik klasikal dimainkan secara live.

Toyota Classics ini bukanlah yang pertama kali dianjurkan di Malaysia. Persembahan orkestra ini sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1990 lagi. Sesuai dengan tagline ‘Music That Moves Lives’, Toyota Classics pastinya akan memberi kepuasan bagi peminat genre muzik klasikal.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-26 Toyota Classics ini, ia akan diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur pada 2 November 2016. Sebahagian daripada kutipan tiket ini akan disalurkankan ke Youth Trust Foundation, Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sambil anda menonton, sambil anda menderma untuk kebajikan kan?

Kumpulan Baltic Neopolis Orchestra Poland bersama dua soloist, Pamela Tan Nicholson dan Vasko Vassilev dijemput khas untuk edisi Toyota Classics tahun ini. Sebuah kumpulan muzik dari Fakulti Muzik UiTM, Rendezvous akan membuat persembahan khas bersama Baltic Neopolis ketika konsert Toyota Classics ini nanti. Gabungan east meets west yang pastinya awesome!

Konsert Toyota Classics ini adalah yang paling outstanding di antara program CSR yang lain oleh Toyota kerana ianya berjaya mengembirakan audience dari pelbagai umur dan latar belakang di samping mengumpul dana untuk organisasi yang terpilih.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat persembahan orkestra yang semestinya epik ini. Tiket boleh dibeli sekarang di Box Office Dewan Filharmonik PETRONAS atau secara talian di +603-2051 7007. Tiket berharga RM106, RM159, RM212 and RM265 (termasuk cas 6% GST) dan untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari toyota.com.my. Symphony No.5 satu, please.