Seperti diketahui umum, anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar, didakwa mengganggu rumah tangga pelakon jelita Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof.

Baru-baru ini, dalam rancangan bual bicara Next To Neelofa, Puteri Sarah Liyana telah diundang sebagai tetamu yang bersiaran Sabtu lalu dan telah bercerita tentang kehidupannya bersama anak-anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi rancangan itu, Puteri Sarah menceritakan kisah hidupnya bersama dua anaknya iaitu seorang lelaki bernama Syaikhul Islam dan seorang perempuan bernama Sumayyah.

Puteri Sarah juga menyatakan dalam rancangan itu bahawa dia mempunyai cara tersendiri untuk menenangkan dan menguatkan dirinya akibat daripada isu rumah tangga yang belum selesai yang dihadapinya.

@mymeletop

Puteri Sarah Liyana berkongsi cara beliau mencari kekuatan diri Saksikan Next to Neelofa, setiap Sabtu, 10 malam di Astro Ria. Tonton episod penuh di Astro Go : https://astrogo.astro.com.my/link/bZJnuUKvp4AgeySz8 https://astrogo.astro.com.my/link/Lrh4ArjKNp9uXxEs9 https://astrogo.astro.com.my/link/vw9rzwdNxjMQAcSh7 #nexttoneelofa #fypシ #foryoupage

♬ original sound – MeleTOP – MeleTOP

Salah satu cara yang dia amalkan, sejurus bangun pagi, dia mendengar ceramah pendek tentang kesedihan dan cara meneruskan kehidupan, kemudian menangis sepuasnya sebelum melakukan aktiviti harian bersama anak-anaknya.

Tambahnya, dengan rutin dan cara sebegitu, dia boleh kekal tenang demi anak-anaknya kerana dia tidak mahu mereka terikut dengan emosinya yang sedih memikirkan rumah tangganya yang hampir hancur.

Dalam pada itu, dia berasa lega selepas menangis menonton ceramah di saluran YouTube bagaikan kepuasan buat dirinya melepaskan perasaan yang terpendam. Bukan itu sahaja, dia berkata, dia mesti kembali kuat untuk anak-anaknya kerana mereka masih kecil dan perlukan perhatian dirinya, seorang ibu.