Bersempena dengan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tentunya pasaraya dan pusat membeli belah sudah memutarkan lagu-lagu raya. Begitu juga dengan Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmizah Othman tahun ini tampil dengan kelainan iaitu melancarkan lagu raya nyanyian beliau sendiri.

Muzik video lagu ‘Lavida Raya’ kali ini agak sederhana berbanding lagu ‘I Am Me’ yang lepas. Kali ini, muzik video dibuat di rumahnya dan ditemani anak-anaknya, Cik B dan Kacak, serta staf-staf beliau. Walau dengan konsep sederhana, baju beliau tetap menarik perhatian. Bukan Dato’ Vida kalau tidak ‘bling bling’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Biarpun disertai dengan adegan-adean Happy Go Lucky dari personalitinya, beliau sempat menyelitkan nasihat di hujung lagu tersebut agar berjimat-cermat. Mungkinkah ‘Lavida Raya’ akan trending sama seperti ‘I Am Me’? Berikut kami sediakan muzik video ‘Lavida Raya’ untuk tontonan anda.