Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika dahulu, sinetron ‘Bawang Putih Bawah Merah’ pernah mencipta fenomena di Malaysia. Malah, banyak drama Indonesia yang pernah ditonton rakyat Malaysia.

Terbaharu, sebuah video klip drama sinetron Kisah Nyata bertajuk ‘Istriku Menelantarkan Keluarganya Demi Jadi Artis TikTok’ tular di media sosial. Jika dilihat dalam video tersebut, seorang ibu yang terlantar koma terjaga disebabkan anak dan suaminya menari TikTok.

Adegan yang tidak masuk akal itu berjaya meraih perhatian netizen. Mana tidaknya, para netizen berasa terhibur kerana disebabkan muzik TikTok wanita tersebut mampu bangun daripada koma.

Malah, ada juga netizen yang tertanya-tanya bagaimana konten seperti itu boleh disiarkan. Para netizen juga mengatakan makin banyak konten pelik dihasilkan dan tiada pengisian yang baik.

Adakah anda turut terhibur menonton video tersebut? Apakah pandangan anda akan drama yang ditayangkan di TV Indonesia ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik pada pautan di bawah ini.

Wajah Kekal Tenang, Netizen Terhibur Lihat Nora Danish Terhantuk Pintu Kereta Dalam Drama Bougainvillea

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Anda Mungkin Suka