Akhirnya permintaan anda telah didengari KFC. Buat anda penggemar menu ‘Loaded Potato Bowl’, ini masanya anda serbu KFC terdekat anda.

Kenapa? KFC Malaysia telah kembalikan menu Loaded Potato Bowl ini di kesemua cawangan KFC Malaysia sejak semalam. Rata-rata netizen telah mula membajiri cawangan KFC terdekat mereka untuk dapatkan menu ‘awesome’ ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EjzdWr_VcAEsvZR
Sumber: Twitter AzlilAdzif

Jika dahulu, ayam digunakan adalah kepingan ayam crispy tender dipotong kecil, kini ‘Loaded Potato Bowl’ ini menggunakan ayam popcorn. Dihidang bersama kentang, jagung dan juga keju pasti membangkitkan selera anda.

Harga untuk ‘Loaded Potato Bowl’ ini hanyalah RM5.99 untuk a la carte. Jangan terlepas pula untuk dapatkan ia sementara stok masih ada, nanti sudah tiada tercari-cari pula.

Tahukah anda burger bersalut emas 24 karat kini boleh dinikmati? Klik pautan di bawah untuk ketahui di mana tempat yang tawarkan burger itu.

Eksklusif Dan ‘Viral’, Burger Bersalut Emas 24 Karat Berharga RM460 Ini Buat Netizen Tidak Senang Duduk

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil