Hazama kini membawa buah tangan untuk para peminatnya yang merinduinya setelah lama beliau menyepi dan beliau membawa karya yang pasti dapat mengubat rindu peminatnya.

Lagu terbaharu yang dibawakan oleh Hazama berjudul ‘Tunggu Aku Datang’ juga merupakan lagu tema untuk sebuah drama bersiri baru yang berjudul ‘Ammar dan Opie’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, berkata “Kehebatan vokal Hazama sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Lunak suara dan gaya nyanyian beliau pastinya akan memukau setiap persembahan. Bukan itu sahaja beliau merupakan penyanyi versatile yang boleh membawakan apa jua genre muzik. Jadi saya harapkan agar ‘Tunggu Aku Datang’ ini dapat memberikan impak lebih terhadap industri muzik tempatan.”