Bintang rap yang mula meningkat naik Lil J akhirnya memperkenalkan dirinya kepada pencinta muzik tempatan dengan lagu yang berjudul Bestfriend. Lil J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang sedang hangat diperkatakan.

Kebolehan Lil J dalam menulis lirik, menyanyi rap dan mencipta lagu berjaya membuka mata Rocketfuel Entertainment untuk mengambil beliau sebagai artist rakaman. ‘Bestfriend’ merupakan kolaborasi pertama Lil J bersama Chaleeda dan merupakan sebuah karya hebat hasil nukilan penyanyi dan penerbit hip hop tersohor Joe Flizzow, Alif dan SonaOne.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Biarpun baru beberapa tahun berkecimpung dalam arena hip hop Lil J diberi peluang tampil bersama bintang yang berasal dari Thailand, Chaleeda Gilbert untuk single ini. Dengar kali pertama suara Chaleeda dalam lagu ini, persis Kaka Azraff pun ada.