Kini secara rasmi tamat sudah siri Game Of Thrones (GOT) selepas 8 musim. Ada yang menyukainya dan ada yang tidak begitu berpuas hati dengan musim terakhir GOT ini.

Tetapi bukan perkara itu yang kami mahu kongsi hari ini tetapi cover lagu tema GOT yang epik ini oleh pemuzik Mahakarya Studios.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lagu tema ikonik GOT ini diberi sentuhan Irama Melayu yang menjadikannya sangat unik dengan bunyi alat muzik tradisional Melayu.

Susunan lagu cover daripada kumpulan ini adalah seperti berikut; House Greyjoy, House Stark dan lagu pembukaan GOT.

Buat peminat setia siri GOT, anda pasti lebih hargai lagu ini. Tahniah pada team Mahakarya Studios.