Menghentikan penularan dan jangkitan wabak COVID-19 sememangnya memerlukan usaha yang lebih daripada semua pihak terutama pihak-pihak berwajib seperti petugas kesihatan dan juga keselamatan.

Maka tidak hairanlah mereka ini sanggup untuk melakukan apa sahaja yang termampu untuk mengingatkan masyarakat supaya mematuhi apa-apa arahan dan SOP yang telah ditetapkan serta memberikan kesedaran mengenai pandemik ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang dilakukan pihak yang difahamkan merupakan petugas kesihatan ini ketika menyampaikan pesanan khidmat masyarakat kepada penghuni sebuah kampung yang tidak dikenalpasti sebelum ini.

car
Kenderaan yang dinaiki petugas ketika menyampaikan pantun nasihat kepada penduduk kampung.

Bukan sahaja caranya yang unik dalam menyampaikan pesanan, tetapi pantun yang disampaikan juga turut mencuri perhatian dan menerima pujian daripada netizen.

3 2 1

Berikut adalah pantun yang kedengaran dalam perkongsian pesanan khidmat masyarakat berkenaan.

Ini pantun terimalah pantun,
Walaupun kita sering bercinta janganlah kita berkahwin lari,
Sentiasa lah kita menjaga kita,
Duduklah di rumah dan jangan lari.

Jalan jalan bersama tuan (sebutan tidak jelas)
Jalan bersama ke Batu 19,
Kalau tuan mahu kahwin lagi satu,
Mari bersama hapuskan COVID-19.

Buat anda yang terlepas menonton perkongsian pantun nasihat yang itu, anda boleh menontonnya di bawah.

Baca juga perkongsian kami mengenai isu semasa COVID-19 dalam negara melalui pautan di bawah. 

Keluarga Difitnah Dan Dipulau, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Dilayan Bagai Penjenayah Selepas Positif COVID-19

Pakar Jangka Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan

Saintis Dakwa Kumpulan Darah O Lebih Selamat, Kurang Risiko Dijangkiti COVID-19

Sumber