Lagu Sesungguhnya2019 versi Alif Satar dan Raihan yang dilancarkan minggu lalu kini sudah hampir mencecah 4 juta tontonan di YouTube. Pada ketika ini, Sesungguhnya2019 kekal berada di kedudukan Trending #1 selama seminggu di YouTube.

Kini anda boleh pula mendengar versi live Sesungguhnya2019 ini di JAMMING HOT oleh Hot FM. Anda boleh mendengar betapa merdunya suara Alif dan ahli Raihan yang lain dalam video ini. Suara Alif dan Raihan memang sedap ketika live, tidak perlu menggunakan bantuan autotune.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terima kasih kepada Alif & Raihan kerana mengembalikan nostalgia lagu ini buat peminat setia Raihan. Di bazar Ramadan dan mana-mana kami pergi, banyak yang memutarkan kembali lagu nasyid daripada kumpulan Raihan terutamanya. Terbaik.