Mula dikenali sebagai individu yang penuh dengan idea dan inovasi, Elon Musk kini nampaknya mula berani untuk memaparkan sisinya yang berbeza. Jika sebelum ini Elon Musk secara terbuka menghisap ganja di sebuah stesen radio kini Elon Musk buat pertama kalinya mengeluarkan single RAP beliau bertajuk ‘RIP Harambe’.

Apa yang dilakukan Elon Musk ini pastinya tidak dijangka oleh ramai yang mengenali beliau sebagai seorang usahawan yang kuat bekerja. Pemilihan nama Harambe iaitu seekor gorilla yang ditembak pada tahun 2016 turut menjadi tanda tanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Single terbaru ini dikeluarkan oleh Emo G Records dan dimuat naik secara rasmi di Soundcloud. Dengarkan ‘RIP Harambe’ dan berikan respon anda mengenai gaya rap Elon Musk. Entah apa pula kejutan yang bakal dilakukan Elon Musk selepas ini.