SoneOne kembali dengan single bahasa Inggeris terbaru, Obvious dan kali ini lagu ini dinyanyikan bersama Alif.

Lagu ini diterbitkan dan ditulis bersama antara Alif dan SonaOne. Menarik tentang lagu Obvious ini adalah lagu ini menerima adunan bertaraf dunia dengan sentuhan Jimmy Cash di Cha Ching Studios, California dan di ‘master’ pula oleh calon Anugerah Grammy, Chris Athens.

Memang ada bunyi international lagu terbaru SonaOne dan Alif ini. Ditambah pula dengan gaya muzik video ala 90an yang sangat win, kami suka single terbaru SonaOne & Alif ini.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →