Sudah menjadi kewajipan utama buat golongan muda untuk mempunyai akaun Instagram sebagai akaun media sosial tambahan selain daripada Facebook dan Twitter.

Sama ada digunakan sebagai tempat meluahkan perasaan, menyimpan memori atau memaparkan kemewahan dan hasil seni antara yang menjadi objektif utama orang ramai menggunakan Instagram sambil bertegur sapa antara satu sama dengan yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, terdapat sebuah kajian yang telah dibuat oleh EPJ Data Science yang menunjukkan gaya gambar yang sering dimuat naik oleh mereka yang mengalami depresi. Untuk pengetahuan anda ujian ini telah diuji kepada lebih 166 responden yang dengan kumpulan data sebanyak 43,950 gambar. Berikut merupakan gambar yang sering dikongsikan mereka yang mengalami masalah depresi.

10xp-instagram-superJumbo

dsc_0008-00421

dsc_0003-006

Dikhabarkan individu yang mengalami depresi lebih mudah untuk berkongsi gambar yang tampak gelap. Warna dominan pada feed mereka lebih kepada warna hitam, kelabu dan biru manakala filter hitam putih antara yang menjadi pilihan.  Dalam erti kata lain, mereka lebih selesa sekiranya feed mereka kelihatan malap berbanding warna-warna yang menceriakan.

Mereka yang mengalami depresi juga lebih cenderung untuk bergambar keseorangan. Jika bergambar bersama kenalan mereka lebih selesa untuk memuat naik gambar dengan jumlah individu yang tidak ramai.

Cuba semak feed Instagram anda? Adakah ciri-ciri ini ada pada anda atau gambar yang dimuat naik sekadar seni? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sumber