Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebagai generasi masa depan, kebajikan kanak-kanak di Malaysia perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.

Kempen Baik Semula RMHC Malaysia dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dan Media Prima mengajak anda semua mengumpul dana untuk sama-sama membantu kanak-kanak yang memerlukan ini. Siapa lagi nak bantu jadikan kehidupan mereka lebih ceria, kalau bukan kita?

Sumbangan untuk kanak-kanak memerlukan

1

Sejak ditubuhkan pada tahun 1990, sudah lebih 30 tahun Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Mudah sahaja nak hulurkan bantuan kepada mereka, anda perasan tidak setiap kali pergi McDonald’s, mesti ada satu tabung merah ini di sebelah kaunter pembayaran? Boleh dikatakan, setiap restoran McDonald’s mesti ada tabung merah ini. Melalui tabung inilah RMHC Malaysia bantu kanak-kanak ini semua.

Ramai keluarga kurang berkemampuan gembira dengan bantuan dihulurkan

2

RMHC Malaysia mempunyai empat program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan Program Pek Kembali ke Sekolah.

Supaya anda tahu tentang program yang ada, kami nak ajak anda lihat di bawah ini.

Rumah Ronald McDonald

3

Bayangkan kalau anak anda sakit, kena rawat di hospital dalam tempoh lama. Tapi anda tidak mampu sewa hotel nak teman anak di hospital. Dahlah rumah pula jauh, mana nak fikir belanja hospital, duit minyak, duit makan dan macam-macam lagi duit belanja. Mungkin ada antara kita terpaksa lupakan hasrat untuk dapatkan rawatan buat anak anda, bukan? Kita tak boleh biarkan situasi seperti ini terjadi.

Sebab itu terbinanya Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras dan Hospital USM, Kelantan. Beban keluarga yang kurang berkemampuan dapat dikurangkan. Mereka boleh tinggal di Rumah Ronald McDonald sementara anak mereka dapatkan rawatan di hospital. Kalau nak lihat anak di wad pun senang sahaja.

Bilik Sensori Ronald McDonald

4

Buat keluarga yang mempunyai anak istimewa, anda patut bawa anak anda masuk Bilik Sensori Ronald McDonald ini. Bilik ini dilengkapi dengan peralatan multi deria dan kemudahan terapi yang merangsang deria sentuh, pendengaran, penglihatan, rasa dan bau kanak-kanak istimewa.

Kalau anda nak tahu, ada 35 buah bilik sensori di seluruh Malaysia. Kanak-kanak yang pernah masuk bilik ini cukup seronok. Suasana bilik ini pun cukup tenang dan selesa serta mereka boleh belajar dengan cara mereka yang tersendiri.

Gift of Smile

5

Kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing tidak minta dilahirkan sebegitu rupa. Ada keluarga yang nak dapatkan rawatan tapi duit tidak cukup. Apakah hadiah istimewa yang patut diberikan kepada mereka?

Program Gift of Smile adalah hadiah yang terbaik! Buat keluarga yang kurang berkemampuan, kos pembedahan dan rawatan untuk anak-anak mereka yang mengalami sumbing bibir dan lelangit dibiayai sepenuhnya dalam program ini. Ramai kanak-kanak dapat senyum dengan manis sekali!

Pek Kembali Ke Sekolah

6

Baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg baru, semuanya korang dapat setiap kali melangkah ke sekolah. Kami yakin korang pernah tengok rakan sekelas yang masih memakai baju atau barang sekolah yang lusuh dan lama. Kasihan kan?

Oleh itu, Pek Kembali Ke Sekolah menaikkan semangat ramai kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan untuk ke sekolah. Kanak-kanak ini dapat barang sekolah baru seperti beg dan alat tulis. Seronoklah mereka nak ke sekolah lepas ini!

Semua program ini betul-betul menyentuh hati dan meringankan beban banyak keluarga. RMHC Malaysia sudah bantu lebih 80,000 kanak-kanak di Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu, dengan pembiayaan lebih RM30 juta.

Sumbangan hasil usaha orang ramai dan rakan korporat!

7

Semestinya bantuan yang dihulurkan RMHC Malaysia adalah atas hasil sumbangan ikhlas anda sebagai pelanggan McDonald’s yang bermurah hati menderma ke tabung dan Kiosk Layan Diri di restoran-restoran McDonald’s. Tajaan dan sumbangan dari rakan korporat juga tidak dilupakan. Terima kasih semua!

Penaja utama AJL35, McDonald’s ajak anda sahut Kempen Baik Semula dan RHMC

8

Anda yang tonton AJL35 mesti tahu yang McDonald’s jadi penaja utama mereka kan? Semasa Backstage AJL35 yang dihoskan oleh Hefny Sahad dan Neeta Manisha, Siti Nordiana jugak dijemput untuk ditemu ramah berkenaan Kempen Baik Semula bersama RMHC.

Siti Nordiana, salah seorang penyanyi lagu Baik Semula berkata, Kempen Baik Semula dan RMHC merupakan satu kolaborasi yang cukup baik dan unik. Sambil-sambil berjuang menentang Covid-19, kita tidak lupa membantu golongan yang memerlukan.

9

Kempen Baik Semula akan diteruskan sehingga akhir bulan Mei ini. Oleh itu, McDonald’s nak ajak anda untuk terus hulurkan sumbangan ikhlas ke tabung RMHC Malaysia sempena Kempen Baik Semula.

10

Anda boleh buat sumbangan melalui pemindahan wang ke akaun Maybank RMHC Malaysia atau imbas QR kod Touch n’Go dan Boost. Boleh rujuk gambar di atas. Selain tu, anda juga boleh menderma kepada tabung dan Kiosk Layan Diri di McDonald’s.

11

Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s, RMHC Malaysia akan menggunakan dana yang berjaya dikumpulkan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Usaha murni oleh RMHC Malaysia ini patut disokong!

Akhir kata, jom kita sama-sama membantu kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan. Selamat menderma semua! Untuk info lebih lanjut, klik sini.