AirAsia.com menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan melancarkan Derma Dengan Ikhlas, satu inisiatif derma digital awam dalam sebuah platform yang selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi yang ingin menjalankan tanggungjawab amal mereka di bulan Ramadan.

Inisiatif tabung derma ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah, di mana dana tersebut akan digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan serta pasukan barisan hadapan dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara komuniti yang akan menerima sumbangan ini termasuk keluarga yang kurang bernasib baik, pelarian dan badan bukan berasaskan keuntungan seperti Soup Kitchen dan rumah anak-anak yatim.

Sebahagian daripada dana tersebut juga akan digunakan untuk membeli juadah berbuka puasa bagi pasukan barisan hadapan yang bertugas seperti pegawai perubatan, polis, tentera dan lain-lain. Kempen ini bermula dari 20 April hingga 22 Mei 2020.

Ikhlas.com merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk perniagaan pelancong Muslim. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020 dan bertujuan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia dalam menunaikan kewajipan agama termasuk Umrah, korban dan gaya hidup berasaskan hukum syariah.

Ikhlas Kamarudin, Ketua Ikhlas.com berkata, “Sambutan bulan Ramadan pada tahun ini sudah pasti jauh berbeza tetapi satu perkara yang tidak akan berubah adalah amalan bersedekah. Jadi, kami berbesar hati untuk melancarkan sebuah inisiatif yang memberi peluang kepada semua orang untuk bekerjasama dan bersama membantu mereka yang memerlukan pada bulan mulia ini.

“Inisiatif ini ditubuhkan untuk menyediakan sebuah platform bagi membantu para penderma menyalurkan sumbangan ikhlas mereka, yang akan digunakan untuk tujuan sedekah bulan Ramadan. Kami berharap untuk mengedar barang keperluan asas kepada 5,000 buah keluarga dan juadah berbuka puasa kepada lebih 20,000 individu disepanjang bulan Ramadan ini,” tambah beliau.

‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari laman sesawang Givewith.Ikhlas.com.

Ini beberapa berita lain berkaitan AirAsia. Klik pada pautan di bawah.

CEO Syarikat Penerbangan Turun Padang Jadi ‘Runner’ Hantar Makanan Kepada Pelanggan

AirAsia Tawar Bantu Peniaga Tempatan Sediakan Platform Dalam Talian Secara Percuma

Pramugara Kongsi Pengalaman Serta Prosedur Ketat Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Iran