Seiring dengan perkembangan teknologi, Touch ‘n Go bakal menawarkan eWallet mereka untuk digunakan bagi tujuan derma secara cashless di masjid.

Buat masa ini, kerjasama dan perlaksanaan derma ini hanya diumumkan di Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi terlebih dahulu. Kaedah menderma adalah sangat mudah. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan dan seterusnya memilih jumlah amaun yang ingin disumbangkan atau didermakan.

c8160e87-bd3e-40c0-9ea8-b283fe6210df
HYPE
Mudahnya Memindah Data Daripada Peranti Lama Ke HUAWEI nova 7i!
Baca lagi →

t ngo derma

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin ketika ditemui di majlis tersebut berkata, “Kami mahu menjadikan teknologi lebih inklusif dan membantu ahli komuniti di Kampung Kerinchi menerusi platform yang mudah dan selamat.”

“Setiap sumbangan sama ada kecil atau besar, adalah sangat bermakna. Kami berharap melalui penggunaan teknologi, kutipan derma kini makin mudah dan selamat,” kata Syahrunizam.

Kaedah derma menggunakan eWallet ini bakal diperluaskan ke masjid-masjid lain di masa akan datang. Pihak pengurusan masjid yang ingin mempunyai kemudahan menderma menggunakan eWallet Touch ‘n Go ini boleh berhubung secara terus dengan pihak TNG Digital. Kini tidak ada lagi masalah ‘tiada wang kecil’ untuk anda menderma di masjid.

Anda Mungkin Suka