Sebuah rekod yang hebat buat dua penyanyi yang sebelum ini tidak dikenali ramai. Lagu yang berjaya menjadi tular serta terlibat dengan beberapa isu ini akhirnya berjaya memecah rekod tontonan tertinggi YouTube.

Mengutip jumlah tontonan sebanyak 3 billion, Despacito akhirnya berjaya mengalahkan jumlah tontonan yang sebelum ini menjadi milik Wiz Khalifa bersama Chalie Puth selama 3 minggu melalui lagu ‘See You Again’. Lebih hebat, ‘Despacito’ berjaya memecah rekod dalam tempoh yang singkat iaitu 7 bulan berbanding sebelum ini yang memerlukan 26 bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada rekod tontonan music video akhir-akhir ini, jelaslah penggunaan bahasa bukanlah masalah utama untuk berjaya memikat hati orang ramai untuk menonton apatah lagi mengulanginya. Sebelum ini PSY telah melakukan perkara yang sama melalui lagu Gangnam Style.

Sumber