Lagu paling popular tahun lalu, Despacito kini menjadi video dengan tontonan paling tinggi di Youtube. Versi asal lagu ini nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee jadi video pertama yang mendapat tontonan melebihi 5 billion.

Ini memang sesuatu pencapaian yang hebat. Sebagai perbandingan, lagu popular sebelum ini seperti Gangnam Style (PSY), Shape Of You (Ed Sheeran) dan See You Again (Charlie Puth) hanya setakat 3 billion tontonan sahaja. Jumlah tontonan video ini juga tidak termasuk versi Justin Bieber yang hanya mendapat tontonan sekitar 600 juta.

Kami tahu rakyat Malaysia banyak yang menyumbang kepada tontonan video ini. Lagu mana pula yang akan mencipta fenomena di seluruh dunia selepas ini?