Pada September 2014 yang lalu, seorang lelaki di South Korea telah dilanggar sebuah kereta. Tetapi sesaat selepas kemalangan itu tindakan lelaki ini lebih mengejutkan sehingga tergamam kita dibuatnya. Seriously?

Sebenarnya ia bukanlah sebuah kemalangan yang berlaku secara spontan. Lelaki ini didapati berlari ke arah kereta yang sedang dipandu, lalu dia menghumbankan badannya ke atas bonet kereta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian itu membuatkan wanita di dalam kereta itu menjerit tetapi terdiam dan terkejut apabila lelaki ini menghentakkan kepalanya berkali-kali ke cermin kereta apabila menyedari cermin kereta tidak pecah.

Walau bagaimanapun perbuatan lelaki itu adalah sia-sia!

Pasti lelaki ini menyesal kerana perbuatannya itu telah dirakam oleh dashcam (car camera) kereta pasangan tersebut. Sekaligus menggagalkan lelaki ini mendapatkan wang.

Dipercayai atas desakan hidup, lelaki ini telah memplotkan kejadian ini seperti sebuah kemalangan bagi membuat tuntutan palsu ke atas insuran pemilik kereta kerana menyebabkan kecederaannya itu.

Lebih malang, dia mungkin disaman oleh pasangan ini atas serangan yang telah dilakukan.

https://www.youtube.com/watch?v=wrRBMC5o8RA

Anda mungkin mahu memiliki dashcam selepas melihat rakaman itu.

LIKE Facebook The Vocket