Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda sudah terbayang keenakan pelbagai makanan terutama sekali nasi kandar. Boleh dikatakan setiap restoran nasi kandar di Pulau Pinang sentiasa penuh dan ramai orang sanggup beratur untuk mencubanya.

Kali ini kami telah ke Pulau Pinang tetapi bukanlah untuk memburu nasi kandar tetapi hanyalah mencuba tempat makan lain yang mungkin tidak ramai ketahui. Kiranya, bolehlah anda nikmati hidangan selain nasi kandar di Pulau Pinang dan pastinya sedap. Ayuh kita mulakan!

1. Roti Canai Jalan Arygyll

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Kebiasaanya ramai orang akan cadangkan untuk mencuba Roti Canai Transfer Road atau Roti Canai Gemas Brother tetapi Roti Canai Jalan Arygyll ini tidak akan menghampakan anda terutama sekali yang menyukai kari kambing.

Bagi kami, kuahnya yang pekat dihidang bersama sambal istimewa cukup membuatkan kami terpesona dengan rasanya. Malah, daging kambingnya yang besar dan lembut membuatkan kami lebih berselera.

Untuk pengetahuan anda, kedai ini cukup dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan dan boleh dikatakan seawal 9 pagi sudah ramai serbu kedai makan ini. Oleh itu, anda dinasihatkan pergi awal agar tidak perlu menunggu lama dan beratur.

2. Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

Terhasilnya Nasi 7 Benua ini daripada kepelbagaian nasi yang ada dalam hidangan yang kelihatan seolah-olah benua. Ianya terdiri daripada adalah nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih, dan nasi kacang.

Untuk lauk pula, anda boleh memilih dan meletaknya sendiri lauk yang anda ingini.  Lokasi kedai ini bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) yang lebih dikenali sebagai SPICE.

Anda dinasihatkan untuk datang ke kedai ini sebelum jam 12 tengahari bagi mengelakkan bersesak ataupun lauk habis. Kedai ini cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong.

3. Irama Dining

Irama Dining adalah sebuah restoran makanan Melayu klasik. Apabila berkonsepkan ala Melayu klasik, maka makanan yang disajikan haruslah makan berhidang.

Menariknya, makanan berhidang dalam satu set dan nasi juga dialas menggunakan daun pisang. Malah, menu juga mengetengahkan masakan Melayu yang boleh dikatakan anda boleh rasa bahan segar digunakan dalam masakan.

Dekorasi restoran ini juga cantik dan kain bercorakkan batik diletakkan sebagai alas meja menepati tema yang diketengahkan. Pastinya, restoran ini sesuai untuk anda yang mahu menikmati hidangan dengan suasana selesa dan paling penting makanannya enak.

4. Lagenda House & Cafe

Kafe Lagenda House ini menyediakan hidangan Indonesia dan antara kafe hipster terkenal di Pulau Pinang. Antara menu yang wajib anda cuba ialah Gado-Gado, Set Ayam Penyet, Set Ikan Bakar dan Set Rendang Ayam.

Selain mengetengahkan hidangan Indonesia, terdapat juga makanan barat untuk anda cuba. Uniknya, nama-nama menu di kafe ini menggunakan nama filem P. Ramlee dan juga dekorasi kafe ini juga meletakkan beberapa poster filem P. Ramlee serta dihiburkan dengan alunan muzik yang merdu.

Kafe ini memberikan vibe gabungan tradisional dan moden. Sebelum terlupa, bagi makanan asian fusion, makanan akan dihidangkan bersama ‘side dish’ yang diletakkan dalam bekas berbentuk congkak.

5. Wheeler’s

Bagi anda yang gemar minum kopi dan mahukan makanan western, apa kata anda kunjungi kafe Wheeler’s ini. Antara kopi yang boleh anda cuba ialah Tiramisu Latte, Toffee Nut Latte, Espresso Panna Cotta dan Penne Arabiatta.

Bukan itu sahaja, banyak makanan yang boleh anda cuba dan kafe ini sangat sesuai untuk anda yang mahu lepak bersama rakan-rakan anda dengan suasana tenang.

Malah, dekorasi kafe ini cukup cantik dan semestinya ‘insta-worthy’. Bolehlah anda ambil gambar banyak-banyak dan muat naik di media sosial untuk dikongsikan.

6. China House

Satu lagi kafe yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong. Terletak di dalam tiga rumah warisan dengan hiasan dalaman yang bergaya, China House menonjolkan konsep pelbagai dimana ia tampil dengan kafe yang turut memiliki galeri seni dan ruang acara.

Sejujurnya, kami cukup terpegun dengan rekaan dalaman kafe ini dan membuatkan kami berasa seperti berada di era yang berbeza. Selain kopi, kafe ini juga menyajikan pelbagai jenis kek dan setiap satunya menawarkan rasa yang cukup istimewa.

Malah, anda juga berpeluang untuk bergambar di banyak sudut disediakan di sekitar kafe. Kafe ini terletak di jalan Chulia dan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

7. Halab Penang

Terletak di Jalan Chulia, Halab Penang merupakan restoran Timur Tengah di dalam bangunan kolonial lama. Selain daripada menyajikan makanan arab yang asli dan enak, restoran ini juga sesuai untuk bersantai dan selesa.

Antara menu yang boleh anda pesan di sini ialah shawarma, hummus dan roti pita, nasi Arab dan krep. Saiz hidangannya cukup besar dimana berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Lebih menarik, dekorasi dan hiasan kedai sangat cantik dari luar hingga ke interior membolehkan anda bergambar di setiap sudut kedai. Semestinya kaki foto akan suka makan di kadai ini.

8. Mee Sotong Hameed Pata

Secara jujurnya, mesti ada daripada anda yang pernah cuba Mee Sotong Hameed Pata ini. Bagi yang belum pernah cuba, pasti anda akan jatuh cinta pandang pertama selepas mencubanya.

Mana tidaknya, rasa yang pedas-pedas manis ini akan membangkitkan selera anda dan juga anda akan dapat rasai kesegaran rasa sotong. Untuk pengetahuan anda, mee sotong ini dihasilkan dengan cara menggoreng sotong bersama dengan rempah, taugeh, telur, ubi kentang dan sambal sotong.

Kedai Mee Sotong Hameed Pata ini sudah mula beroperasi sejak tahun 1978 dan terletak di Esplanade Park. Penggemar sotong kena cuba mee sotong ini!

Sebenarnya banyak tempat makan yang best boleh anda cuba di Pulau Pinang selain daripada nasi kandar. Tunggu apa lagi? Jika ke Pulau Pinang, sudah tidak perlu pening kepala untuk buat pilihan.

Tahukah anda bahawa Pulau Pinang rancang mahu haramkan ‘homestay’? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Mahu Elak Gangguan Penginapan Pelancong, Pulau Pinang Rancang Haramkan ‘Homestay’

Top 5 Kafe Di Pulau Pinang Yang Rakyat Kuala Lumpur Tidak Tahu