Detak jantung Bumi tidak dapat didengar dengan menggunakan telinga. Ia terdiri daripada gelombang elektromagnetik frekuensi sangat rendah (ELF).

Sejak tahun 1960, ahli seismologi di beberapa benua telah mengesan denyutan misteri yang dihasilkan setiap 26 saat. Tetapi dalam 60 tahun terakhir, tidak ada yang dapat merungkai kewujudan bunyi misteri terbabit.

Untuk rekod, ‘Detak jantung Bumi’ pertama kali didokumentasikan adalah pada tahun 1962 oleh John Oliver, seorang penyelidik di Oservatorium Geologi Lamont-Doherty, Universiti Columbia.

Dia mendakwa bahawa bunyi itu datang dari suatu tempat di sekitar Lautan Atlantik atau bahagian khatulistiwa. Dia turut mendakwa bahawa bunyi itu akan bertambah kuat pada musim panas di bahagian utara Bumi.

Pada tahun 1980 pula, Gary Holcomb, ahli geologi Amerika Syarikat juga mendakwa mendengar bunyi misteri terbabit. Dia mengatakan bahawa bunyi itu makin kuat kedengaran semasa ribut.

Sejak itu, dakwaan bunyi misteri dari kedua-dua penyelidik tersebut tidak berjaya dirungkaikan dan ia kekal misteri selama lebih dua dekad, sehinggalah seorang pelajar di University of Colorado, Boulder, sekali lagi mendakwa telah berjaya mengesan bunyi terbabit.

Perang teori

Mike Ritzwoller, ahli seismologi di University of Colorado, baru-baru ini memberitahu Discover Magazine bahawa sebaik sahaja mereka melihat data pelajar lulusan Greg Bensen, dia dan penyelidik Nikolai Shapiro tahu ada sesuatu yang pelik mengenai denyutan nadi tersebut.

Mereka mula bekerja dengan menganalisis setiap titik dari setiap sudut, mereka juga menganalisis setiap data dan instrumen mereka. Ritzwoller dan Shapiro bahkan memancarkan sumber nadi ke lokasi di Teluk Guinea, bahagian pantai barat Afrika.

Ritzwoller dan pasukannya turut mengkaji dengan lebih mendalam kaji selidik yang dilakukan oleh Oliver dan Holcomb. Kajian yang diterbitkan pada 2006 tersebut gagal menjelaskan apa sebenarnya yang mencipta bunyi detak jantung bumi.

Pada tahun 2011, Garret Euler, seorang pelajar siswazah di Washington University mendakwa bahawa bunyi itu adalah gelombang yang berasal di suatu bahagian Teluk Guinea yang disebut Bight of Bonny. Walaupun teori ini dilihat relevan, tetapi tidak ada orang yang yakin dengan dakwaan Euler.

Manakala pada tahun 2013, Yingjie Xia, seorang penyelidik dari Institut Geodesi dan Geofizik di Wuhan, China, menyatakan bahawa bunyi detak jantung bumi itu adalah disebabkan aktiviti gunung berapi. Dia mendakwa bahawa bunyi terbabit lahir di kawasan gunung berapi di pulau Sao Tome.

Bagaimanapun, kedua-dua teori ini gagal menjelaskan bagaimana bunyi detak jatung bumi itu lahir. Terdapat pelbagai soalan yang tidak dijawab dan terdapat banyak misteri yang tidak dirungkai. Bagi para penyelidik, mereka sebenarnya tidak berminat untuk mengorek lebih dalam dari mana datangnya bunyi terbabit.

“Ada perkara-perkara tertentu yang kita fokus dalam seismologi,” jelas ahli seismologi Doug Wiens. “Kami ingin mengetahui struktur di bawah kerak bumi, perkara seperti itu. Isu ini hanya pengetahuan luar apa yang biasanya kita kaji… [kerana] ia tidak ada kaitan dengan memahami struktur bumi. ”

Terdahulu, NASA dilaporkan sedang mengkaji asteroid gergasi yang bernilai RM 41,563,418,211,000,000,000. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

NASA Kongsi Imej Perbezaan Kawasan Hutan Di Antara Sarawak Dan Brunei

NASA Tawar RM85,000 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Mencipta Tandas Dan Ini Adalah Syaratnya