Pasti ada di antara anda yang menggemari siri anime Detective Conan dan masih lagi menonton siri tersebut. Siri tersebut yang membuatkan penontonnya berfikir secara kritis pastinya menjadi pilihan buat penonton yang sukakan filem ini.
Menariknya, filem Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire yang baru seminggu ditayangkan di Jepun telah berjaya mengatasi filem Avengers: Endgame. Filem Avengers: Endgame telah menjadi hits di seluruh dunia tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu di Jepun.
The 23rd Detective Conan feature film, ‘Konjou no Fist’ beats Avengers : Endgame in latest box office report from Japan.
CONAN KEEPING IT STEADY. 😌👌🏻https://t.co/zkN1vdeKvT pic.twitter.com/CAPecAqTXZ
— ӀɑӀɑíиҽ 🍥 ɢɪᴠᴇ ᴜs ᴜɴɴᴀᴛᴜʀᴀʟ 2ɴᴅ sᴇᴀsᴏɴ (@yullaineedesu) May 12, 2019
Untuk pengetahuan anda, perkara ini bukan pertama kali berlaku di Jepun kerana filem Detective Conan: Zero the Enforcer sebelum ini berjaya membuat kutipan tiket yang jauh lebih banyak daripada tayangan pembukaan Avengers: Infinity War. Ini menunjukkan bahawa rakyat di Jepun sangat menyokong industri perfileman mereka.
- SUMBER
- Comic Book