Disaat Avengers: Infinity Wars berjaya menjadi filem box office terhangat sepanjang seminggu pembukaan di berpuluh buah negara termasuk Malaysia, Detective Conan: Zero the Enforcer berjaya membuatkan filem Avengers jatuh ke tempat kedua di Jepun.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Lebih mengangumkan, filem yang sudah ditayangkan selama tiga minggu ini masih lagi mengungguli carta box office di Jepun meskipun dengan kehadiran filem epik daripada Marvel.

My-_Hero-_And-_Avengers-_Collab-_Posters

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Dari segi promosi, jelas Marvel masih gagal dalam menarik perhatian penonton di Jepun. Kolaborasi bersama anime pilihan ramai iaitu My Hero Academia ternyata masih belum mampu menandingi filem Detective Conan: Zero the Enforcer.

Kutipan yang berjaya dikutip Marvel pada filem terbaru mereka juga didapati jatuh 16.4% berbanding filem Avengers: Age of Ultron dengan jumlah penjualan 437,000 tiket setakat ini di Jepun.

mMWV5MXn2pkDnnI4vWpy3dRWdNC

Tahniah diucapkan buat pihak produk Detective Conan. Penonton Jepun berjaya membuktikan ‘adiwira’ negara mereka masih menjadi pilihan berbanding negara luar.