Seorang cedera dan dua lagi terperangkap setelah sebuah kapal kontena telah bertembung dengan kapal lain semasa cuba berlabuh lalu menyebabkan dua buah kren kontena runtuh di Pelabuhan Kaohsiung hari ini.

Memetik laporan Taiwan English News, sebuah kapal kontena sepanjang 316 meter yang dimiliki oleh OOCL Shipping Company telah melanggar sebuah kapal YONGYANG milik Yangming Shipping ketika cuba berlabuh di Pelabuhan Kaohsiung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1400315068709883910?s=20

Perlanggaran itu menyebabkan salah satu daripada empat kren kontena runtuh. Kemudian, ia telah melanggar beberapa buah kontena yang tersusun di atas pelabuhan tersebut lalu menyebabkannya juga runtuh.

Situasi panik tersebut menyebabkan ramai pekerja yang berada di kawasan tersebut bertempiaran melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa masing-masing.

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1400343149428436994?s=20

Menurut Taiwan English News lagi, seorang lelaki berusia 58 tahun telah dirawat di Hospital Besar Yuan setelah mengalami luka di bawah lengan serta melecet pada salah satu kakinya. Mangsa juga menjalani pemeriksaan sinar-x untuk memeriksa kecederaan dalaman kerana dia mengalami ketidakselesaan dada.

Manakala dua lagi mangsa yang terperangkap telah berjaya diselamatkan kira-kira pukul 12.44 petang tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pelabuhan Kaohsiung adalah pelabuhan terbesar di Taiwan dan pelabuhan ke-15 terbesar di dunia. Kira-kira tiga perempat kontena Taiwan memasuki dan keluar melalui pelabuhan ini.

Pada bulan Mac lalu, ekonomi dunia tersekat sementara apabila kapal ‘The Ever Given’ tersangkut di Terusan Suez.

Kerana ‘The Ever Given’ Tersangkut, Puluhan Kapal Kontena Terperangkap Di Terusan Suez

Kesesakan Di Terusan Suez Buat Satu Dunia Rugi RM1.6 Bilion Per Jam

Kapal Ever Given ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir, Perlu Bayar Ganti Rugi RM4.1 Bilion