Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyelar tindakan tidak bertanggungjawab daripada sesetengah pihak yang membuat berita palsu kononnya beliau menyarankan ubat Ivermectin diambil bagi melawan COVID-19.

Di laman Twitter rasmi DG Hisham, beliau menyatakan bahawa perang bukan sahaja berlaku di antara kita dan COVID-19, tetapi juga berita palsu yang berlegar di laman sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Another irresponsible fake news! Berita palsu lagi! Never ending battle fighting against the virus SARS-CoV-2 and viral of fake news in social media.” Katanya di dalam ciapan yang mendapat perhatian warganet.

Pil Ivermectin tular sejak awal tahun ini selepas terdapat beberapa dakwaan bahawa ubat ini mampu merawat jangkitan COVID-19. Dakwaan ini kebanyakan hadir daripada individu yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan perubatan atau farmasi.

14 Ogos lalu, Pusat Racun Negara menerima dua kes keracunan akibat pengambilan ubat antiparasit Ivermectin secara rawatan kendiri tanpa saranan dan kawalan pihak hospital.

Kes keracunan itu membabitkan seorang individu dewasa berusia 35 tahun, yang mengalami kesan sampingan sesak nafas berpanjangan selepas mengambil satu pil Ivermectin. Manakala satu lagi kes keracunan pula membabitkan seorang warga emas yang tidak sedarkan diri selepas menelan 15 pil Ivermectin sekali gus.

Lebih membimbangkan, Pusat Racun Negara memaklumkan tiada antidot atau rawatan khusus untuk kes keracunan akibat pengambilan Ivermectin buat masa ini.

Manakala Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dalam satu kenyataan mereka kepada Harian Metro minggu lalu menyeru supaya kegiatan penjualan haram ivermectin yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, dihentikan segera.

MPS dan MMA dalam kenyataan bersama berkata, ketika ini pihaknya terkejut dan bimbang dengan penjualan haram secara meluas Ivermectin yang kononnya dapat mencegah jangkita COVID-19.

Manakala DG Hisham sejak Mei lalu sudah menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil produk Ivermectin untuk tujuan rawatan dan pencegahan COVID-19. Hal ini berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan dan pencegahan COVID-19.

Menurutnya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.

“Untuk makluman, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan ataupun sebagai pencegahan Covid-19. Perkara ini dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent COVID-19 bertarikh 3 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang pengguna Facebook telah melontarkan kata-kata tidak baik kepada Dr Noor Hisham sambil menyatakan bahawa negara kini berada di bawah arahan Dr Noor Hisham. Malah, pengguna Facebook itu memanggil Dr Noor Hisham sebagai “Daj***”. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Menepis Kebencian Terhadap Dakwaan Dr Noor Hisham Sebagai Seorang Agen Freemason

Belajar Di Kolej Agama, Dr Noor Hisham Kongsi Pernah Terfikir Untuk Menjadi Mufti

Selepas Delta, DG Hisham Sahkan Kemunculan Lambda Sebagai Varian Baharu COVID-19