Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi. Nasihat ini disampaikan sendiri oleh beliau di laman Twitter miliknya sambil mengingatkan kepada orang ramai bahawa kelonggaran sektor dibuat kerana ekonomi, bukan kerana ia selamat.

“Peringatan untuk semua, banyak tempat dibuka kerana ekonomi dan bukan kerana ia selamat. Perlu diingat, sila pakai pelitup muka, pelitup muka dua lapis jika boleh, amalkan jarak fizikal dan kerap mencuci tangan. Elakkan ruang yang sesak dan terkurung. Kekal selamat dan dapatkan vaksin secepat mungkin,” katanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, Perdana Menteri sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kelonggaran beberapa sektor ekonomi di negeri Fasa 1 dibuat setelah negara berjaya mencatat lebih daripada 50 peratus populasi dewasa yang sudah divaksin.

Menurut Muhyiddin, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya hari ini untuk mempertimbangkan cadangan Jawatankuasa Teknikal Khas MKN untuk meredakan lebih banyak sekatan, terutama bagi negeri-negeri Fasa 1.

Selain itu, aktiviti sukan, rekreasi dan rekreasi luar yang tidak melibatkan sentuhan fizikal kini juga dibenarkan tetapi hanya terbatas di daerah yang sama.

Bukan kerana ‘dine-in’, ini punca Perlis catat angka kes tertinggi negeri semalam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bukan Kerana ‘Dine-In’, Ini Punca Perlis Catat Angka Kes Tertinggi Negeri Semalam

Kerajaan Umum Kelonggaran Buat 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Buat Penerima Vaksin Di Negeri Fasa 1 PPN

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan ‘Dine-In’ Di Restoran