Lama dinantikan umat Islam seluruh Malaysia, akhirnya tahun ini menjadi saksi apabila orang ramai berpeluang beraya pada 2 Mei 2022. Meskipun disambut dengan sedikit ‘panik’ berikutan pengumuman yang dibuat, namun sambutan Hari Raya pada tahun ini tetap disambut dengan penuh meriah.

Dalam pada itu, di sebalik sambutan perayaan yang disambut bersama keluarga dan rakan-rakan, orang ramai diingatkan untuk menjaga diri dan keluarga dalam mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut perkongsian terbaru Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, beliau menjangkakan kes COVID-19 dijangka akan kembali meningkat selepas sambutan Hari Raya. Dalam pada itu, kes yang bakal meningkat itu berkemungkinan besar daripada kategori 1 dan 2 sahaja.

Sebagai rekod, sepanjang dua bulan terakhir ini, kes COVID-19 di Malaysia daripada kategori 1 dan 2 merangkumi 99.5% manakala pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke ICU telah menurun dengan mendadak. Selain itu, kes kematian serta yang memerlukan bantuan pernafasan juga menurun.

Dari segi peratusan vaksinasi, Malaysia merekodkan jumlah lengkap dua dos vaksin COVID-19 sebanyak 99% dan 92% bagi remaja manakala peratusan individu yang menerima dos penggalak sudah mencapai 70%. Semalam Malaysia turut merekodkan angka kes COVID-19 yang rendah berbanding bulan-bulan sebelumnya iaitu serendah 1,352 kes.

Sementara itu, pakar turut menjangkakan harga ayam akan terus meningkat serta bakal mencapai harga daging lembu.

Pakar Jangka Harga Ayam Akan Naik, Bakal Semahal Daging Lembu

Didakwa Ketengahkan Unsur ‘Drag Queen’, Netizen Kecewa Dengan Muzik Video Raya DSV

Sumber