Sewaktu melihat status-status yang di update oleh wanita ini di Facebook beliau, ramai yang menyangka beliau akan mengembara solo dengan bermotosikal di USA sahaja.

Jika anda masih ingat, kisah beliau pernah disiarkan di Vocket satu ketika dulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Pernah Sertai Kumpulan Rock, Kini Wanita Ini Jadi Pengembara Solo Tegar

anita-2

Ia adalah kisah Anita Yusof – wanita pertama dari Malaysia yang pernah dianugerahkan ‘First Woman To Ride Solo Across Five Central Asian Countries On A Motorcycle‘ oleh Malaysia Book of Record pada tahun 2014 di atas kejayaan beliau mengembara dengan motorsikal secara solo di Asia Tengah.

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, kami kongsikan sedikit ringkasan tentang biodata Anita:

  1. Berusia 48 tahun
  2. Merupakan seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD bagi pengajian Sains Sukan.
  3. Seorang yang meminati aktiviti sukan lasak seperti berkayak, terjun bungy, memanjat gunung, glacier hiking, ski, menjelajah gua dan mengembara dengan motorsikal.
  4. Antara pencapaian peribadi Anita dalam penjelajahan bermotosikal adalah:
    • Pernah menjelajah Malaysia – Thailand – Myanmar – Laos – Boten – Kemboja – Malaysia
    • Menjelajah Borneo dari Sabah – Labuan – Brunei – Sarawak – Pontianak – Kalimantan
    • Menjelajah solo ke Asia Tengah meliputi negara Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan & Afghanistan.
    • Menjelajah Filipina, Daerah Yunnan di China, Utara Sumatera
    • Dan beberapa lagi siri solo rides lagi dalam tempoh antara 7 ke 15 hari ke beberapa lokasi di luar negara termasuk di zon hitam di Thailand iaitu Betong, Yala, Pattani dan Narathiwat

anita-4

Siapa sangka kali ini beliau telah merancang satu projek yang berskala lebih besar. Ia bukan hanya setakat menjelajah USA sebagaimana yang disangka ramai, tetapi beliau akan bermotosikal merentasi 4 Benua dan menjelajah 39 buah negara sejauh 56,000 km secara solo!

anita-3

Kesemua ini akan beliau lakukan dalam masa setahun bermula September ini.

Menurut Anita berikut adalah pelan perancangan beliau:

  1. 4 benua yang terlibat adalah Amerika Utara, Amerika Selatan, Benua Eropah dan Benua Asia
  2. Terbangkan motorsikal beliau dari Kuala Lumur ke Seattle, USA.
  3. Dari Seattle, beliau akan menunggang ke Alaska dan seterunya ke Canada.
  4. Melintasi sempadan Canada – Amerika hingga ke La Paz (Baja, California)
  5. Menaiki feri ke Mazatlan (di Mexico) dan teruskan tunggangan ke Panama.
  6. Sekali lagi naiki feri menyeberangi Darien Gap untuk ke Cartagena, Colombia (Amerika Selatan)
  7. Perjalanan diteruskan ke lokasi paling selatan di dunia, iaitu Ushuaia dan kemudiannya ke Buenos Aires, Argentina
  8. Merentasi Lautan Atlantik dengan kapal terbang menuju ke London.
  9. Dari London, Anita akan meneruskan solo ride beliau ke Portugal, dan seterusnya ke Itali.
  10. Dari Itali, Anita akan merentasi Laut Baltik menuju ke Croatia
  11. Solo ride beliau diteruskan ke Bosnia, Montenegro, Albania dan Greece
  12. Dari sana Anita akan ke Turki, dan seterusnya merentasi negara-negara yang berada di laluan sutera dan Asia Tengah, termasuk Rusia dan Mongolia.
  13. Terbang ke Bangkok, dan teruskan solo ride ke sempadan Danok – Bukit Kayu Hitam hingga ke Ipoh, Malaysia.

Jika diperhatikan, banyak yang perlu Anita lakukan sebagai persediaan untuk solo ride berskala besar yang berdurasi selama setahun ini.

anita-5

Berkejar ke sana ke mari untuk menguruskan itu dan ini. Nak beli barang pun kena curi-curi masa. Ni pun masih ada lagi yang belum dibeli. Ride belum bermula tapi sejumlah RM15k telah habis dibelanjakan untuk macam-macam perkara.

Mungkin ada yang akan cakap, “Membazir duit je pegi ride/travel ni. Duit tu kalau buat down payment beli kenderaan ke, tukar perabot baru ke, renovate rumah ke, ada jugak nampak hasilnya.” LOL…Dia tak tau, pengalaman yang kita dapat dari mengembara tu money can’t buy.

anita-6

Thanks to JPJ Ipoh staff for the co-operation given to me regarding my IDP renewal. Even though she’s reluctant in the beginning as she said, the actual procedure is to have the expiry date on the IDP, one year after the renewal (today), no matter if my previous IDP is valid until Nov 2015.

After some explanation, she softened and call the HQ, stating that this is a special case. Finally I got my new IDP which will be valid until Nov 2016. Driving license also renewed until Dec 2016. One job settled, 29 more to go.

anita-7

Testing my gadjet. My tent confirm waterproof. Air yang bertakung tu boleh lepas ikan patin size besar berenang-renang and yet lapisan di bawahnya tetap kering eventhough dah bertakung for 10 hours.

My camp chair is very small after folded, and light too, about 500g only, yet durable. A good buy indeed. Amazing price for amazing quality. Seems like I have made a good choice lah.

anita-8

Comel tak? My new titanium stove

anita-9

Dah lama tak kena enjet. Atoiiiii… Tatittttt…. Titew takowt jarummm- yellow fever vaccine‬

Untuk pengetahuan, berikutan situasi politik dan ekonomi di Malaysia yang kurang memberangsangkan, Anita gagal mendapatkan nama besar untuk menaungi ekspedisi solo ride ini, seperti mana yang lazimnya menerima tajaan daripada berbagai pihak untuk kembara motosikal berskala besar seumpamanya.

anita-13

GD’s new look. Thanks Edwin, KK and Praveena.

Justeru, sehingga artikel ini ditulis beliau masih gagal mendapatkan dana untuk menampung kos dan perbelanjaan yang besar bagi merealisasikan kembara jelajah dunianya.

Hanya syarikat Hong Leong Yamaha Motor, Givi dan Koyoko Sdn Bhd sahaja yang memberi tajaan dalam bentuk barangan setakat ini. Namun Anita tetap nekad untuk meneruskan kembara solo ini berbekalkan wang simpanannya yang tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos perjalanan.

anita-12

Givi has always been supportive towards me from the very beginning. When no one wants to believe in me, Givi trusts that I can do it. My biggg thanks to Givi Asia, Givi Italy, Hevik and Mr Joseph Perucca for the sponsorship, the continuos support and for believing in me. I’ll carry your brand for my upcoming ride.

Jika ada di antara anda yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, bolehlah menghubungi Anita di Facebook Page Anita Yusof.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada satu-satunya wanita Malaysia yang bakal melakar sejarah sebagai wanita Muslim pertama mengembara solo dengan motosikal mengelilingi dunia.

All the best Anita. Kami di Vocket mendoakan segalanya dipermudahkan dan Anita sentiasa di dalam perlindunganNya di sepanjang perjalanan.

anita-10

Pergilah menjelajah dengan penuh semangat, pergilah mengembara untuk bertemu insan-insan berhati baik yang tanpa ragu akan menghulurkan bantuan di saat Anita memerlukan, dan kembalilah dengan ribuan kisah inspirasi untuk dikongsikan bersama kami.

Anda boleh ikuti pengembaraan Anita di Facebook Page Anita Yusof. Anda juga boleh ke Blog AnitaYusof00 untuk membaca pengalaman pengembaraan Anita yang lepas.

Kami bangga dengan anda Anita!

Baca kisah pengembaraan Anita yang lepas di sini: Pernah Sertai Kumpulan Rock, Kini Wanita Ini Jadi Pengembara Solo Tegar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram