Satu rang undang-undang baharu bakal dikuatkuasakan di Filipina, di mana pelanggan bakal berdepan hukuman penjara selama enam tahun jika mereka membatalkan perkhidmatan penghantaran makanan.

Sekirangnya undang-undang ini diluluskan, setiap pelanggan akan menghadapi hukuman jika dia membatalkan makanan yang telah dibayar oleh penghantar makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rancangan ini dibuat setelah perkhidmatan penghantaran makanan semakin mendapat permintaan tinggi di Filipina, terutamanya di tengah-tengah situasi pandemik COVID-19.

Undang-undang ini juga bagi melindungi penghantar makanan daripada ‘prank’ yang sering dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Seperti yang dilaporkan oleh Coconuts, pada 4 Jun yang lalu, Dewan Perwakilan setempat telah mengemukakan Rang Undang-Undang Perlindungan Makanan dan Barang Bekalan.

Peraturan ini dibuat untuk mencegah penipuan orang yang tidak mempunyai niat yang baik sehingga menyebabkan kemudaratan kepada penghantar makanan. Sesiapa yang didapati bersalah akan dipenjara hingga enam tahun atau denda 100,000 peso atau RM8,500.

Walaubagaimanapun, denda ini tidak akan dikenakan sekiranya ada pelanggan yang membatalkan pesanan mereka kerana telah menunggu lebih dari satu jam, atau sudah membuat pembayaran.

Terdahulu, seorang pemandu Grab wanita berkongsi kisah nyaris dirompak penumpang warga asing. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pemandu Grab Wanita Kongsi Kisah Nyaris Dirompak Penumpang Warga Asing

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup

Suami Tampil Jelaskan Salah Faham Mengenai Isterinya Buat GrabFood Sambil Bawa Anak

Sumber