Budaya Jepun memang antara budaya yang sangat disiplin. Ini terbukti lagi apabila satu video menunjukkan bagaimana penumpang keretapi yang terkandas, berjalan keluar dalam satu barisan.

Walaupun pengangkutan awam di Jepun sangat efisyen, namun kalau sudah nak rosak ia akan tetap rosak. Dalam satu kejadian pada 16 November jam 8 pagi di Kobe, sebuah keretapi terkandas akibat kerosakan pada laluan ketika penumpang dalam perjalanan ke sekolah dan pejabat.

Memandangkan kerosakan tersebut memerlukan masa untuk diselesaikan, anggaran 5,000 penumpang diarahkan untuk meninggalkan keretapi yang ketika itu berhenti pada trek kosong. Dan mereka berjalan ke stesyen berdekatan.

Tanpa sebarang kecederaan, proses pengeluaran penumpang itu berlaku dengan tenang. Namun, ianya masih mengagumkan melihat bertapa disiplin dan tersusunnya proses tersebut.

Kesemua penumpang dilihat berjalan dalam satu barisan dan memastikan langkah mereka hanya memijak bahagian tengah trek keretapi. Kelihatan juga petugas Japan Railways berada di platform untuk meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan memberi penumpang sebotol teh. Memang classy!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →