Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum trip ini saya telah dua kali ke Pulau Bali dan seperti pelawat lain, hanya berjalan disekitar Ubud, Kintamani, Kuta, Denpasar, Uluwatu, Nusa Dua, Tanah Lot dan kawasan sekitar.

Sudah lama saya berhajat untuk menjelajah ke seluruh pulau Bali dari Nusa Dua ke Melaya, Gilimanuk dan Pemuteran, Singaraja, Tulamben, Amed, Karangasem dan kawasan Bali Tengah di Bedugul dan Jatiluwih. Pada 4 Disember selama seminggu saya berpeluang secara solo menjelajah ke seluruh pelusuk pulau Bali.

Kampung Terunyan terletak di pesisiran Danau Batur di Kintamani dan terkenal dengan satu adat yang pelik dan sangat unik. Orang kampung terunyan mengamalkan adat hindu yang dinama kan sebagai hindu age atau hindu asal. Upacara mereka dicampur aduk dengan upacara anisme.

Mereka tidak mengkebumikan mayat tetapi meletak nya di bawah pokok Taru Menyan (species Banyan tree atau Ficus Benjamina). Pokok Taru Menyan ini berupaya menyerap bau busuk mayat manusia.

Untuk ke Kampung Terunyan, pelawat boleh menaiki bot selama 15 minit dari jeti kedisan dengan harga 600k Rupiah saorang (Rm 180). Pada saya harga nya terlalu mahal dan mengsyaki ada elemen scam.

Saya telah bertanya kepada beberapa orang di pekan Kedisan dan akhirnya diberitahu bahawa kereta boleh sampai ke Kampung Terunyan sejauh 3 km melalui pesisiran danau batur. Dari Kampung Terunyan saya boleh menyewa bot ke perkuburan dengan harga lebih murah.

Jalan ke kampong terunyan sangat lah sempit tetapi keadaan jalan nya amat baik. Apabila sampai di kampung saya menaiki bot lain dengan bayaran 250k (saya akan beritahu nanti macam mana untuk mendapat harga yang lebih murah).

Apabila sampai di perkuburan, saorang guide membawa saya ke tempat dimana mayat diletak di bawah pokok taru menyan. Saya berasa sangat pelik kerana tiada langsung bau mayat mereput (decomposing corpses) walhal ada yang berusia 2 minggu dan ada yang masih 5 hari.

Mayat diletak di dalam sangkar buloh tetapi dibungkus dengan kain untuk mengelak dari dimakan binatang buas. Walaupun begitu masih ternampak bahagian mayat yang terbujur keluar dari bungkusan.

Hanya 11 mayat dibenarkan diletak di situ dan mayat yang telah menjadi tulang akan di pindahkan ketempat sebelah untuk memuatkan mayat baru. Ada satu mayat yang saya lihat mempunyai kuku yang agak panjang. Adakah kuku masih tumbuh selepas seseorang itu mati?

Seperti biasa otak saya cuba memproses apa yang saya lihat dan cuba mencari jawapan.

Jeti di kedisan, Danau Batur untuk menaiki bot ke Kampung Terunyan.

Harga yang dipampang tidak masuk akal.

Bot dari kg Terunyan ke perkuburan.

Ramai pelawat bersama saya ke perkuburan. Jadi jangan lah takut terkena sampok atau di rampok.

Bot polis juga membawa pelawat ke perkuburan. Mereka yang menaiki bot polis hanya membayar 100k Rp (Rm33) saorang. Saya cadangkan sesiapa yg ingin melawat kesini agar menaiki bot polis dan jangan bertanya kepada orang orang awam yg berkeliaran di jeti. Semua mereka menunggu mangsa untuk di scam.

Kawasan bukit dimana terletak nya perkuburan. Yang berbaju hujan merah adalah pelawat dari Russia yang sangat teruja dengan keunikan tempat ini. Saya melihat dia asyik termenung saperti kebingungan melihat mayat yang tidak berbau.

Pemandangan hutan, bukit dan kabus membuatkan tempat ini saperti ‘haunted dan eerie’. Kawasan ini mempunyai bukit batu yang tidak dapat dilalui dari kampung. Laluan hanya dengan menaiki sampan atau bot.

Tanda ke perkuburan.

Saya disambut oleh dua tengkorak manusia di pintu masuk ke kubur.

Pokok taru menyan yang berusia 1000 tahun. Ianya adalah species pokok Beringin atau Banyan tree (Ficus Benjamina).

Adalah menakjubkan bagaimana pokok sebesar ini boleh menyerap bau busuk volatile gases dari mayat yang mereput (decomposing corpse).

Persoalan nya: Kenapa mayat di bawah pokok taru menyan tidak berbau busuk?

Baik.

Mayat yang mereput akan mengeluarkan volatile gas dan kimia dari aktiviti micro-organism dan bacteria didalam mayat. Dari pembacaan saya, terdapat 30 jenis kimia yang dikeluarkan oleh mayat yang menyebabkan bau busuk termasuk methane, hydrogen sulphide, benzene, xylene, toulene, ammonia, trichloroethylene dll.

Para saintis NASA mendapati bahawa beberapa jenis pokok boleh menyerap bau busuk gas kimia volatile dari udara dan pokok taru menyan (spesis banyan tree atau ficus benjamina) adalah satu daripada nya.

Klik link wikipedia ini untuk penerangan lebih lengkap. Terima kasih kepada sahabat saya, Prof Dr Ibrahim Jantan Faculty Pharmacy UKM yang memberi info link ini. Jazakallah.

Itulah jawapannya.

Ianya bukan sebab magik atau kerja dewa dewi yang menyebabkan mayat tidak berbau. Allah menjadikan pokok pokok dengan bermacam macam kegunaan nya tetapi manusia menjadi terlalu tamak dengan menebang pokok dihutan dengan penuh rakus.

Orang kuno bangsa Terunyan, 1000 tahun dahulu di kampung ini telah mendahului kajian saintifik untuk membersihkan bau mayat.

Allahulam.

‘Aways seek answers of your inquisitive mind’.

Penjaga kubur menceritakan sejarah tempat ini.

Hanya 11 mayat boleh diletak didalam sangkar buluh pada satu masa.

Sangkar buluh di mana mayat disimpan.

Mayat berusia 2 minggu.

Mayat berusia 5 hari.

Lihat kaki mayat 5 hari yang terkeluar dari bungkusan (sila zoom).

Mayat 5 hari dengan bungkusan kain yang agak baru.

Mayat 2 minggu.

Mayat lama yang telah menjadi tulang dikumpulkan di kawsan bersebelahan. Posing tetap posing walau di depan tengkorak.

Saya berdiri disebelah mayat mayat agak lama dan tidak dapat mencium bau busuk.

Kawasan yang sangat unik.

Artikel di atas disumbangkan oleh Zainuddin Omar. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka