Tidak salah kalau saya katakan, setakat ini saya cukup yakin anda semua pasti mengenali gadis air mineral Shell ini. Poster kelibat seorang gadis memegang sebotol air mineral yang menghantui stesen minyak Shell di seluruh Malaysia.

Mana tidaknya, bayangkan anda sedang mengisi minyak ditengah malam yang sunyi keseorangan, tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis dari belakang. Boleh luruh jantung beb!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas itu, perkara ini mula mendapat perhatian warga internet sehingga ada yang mohon pihak Shell untuk turunkan semula poster iklan tersebut dengan alasan terkejut.

Facebook

Demi mengutamakan keselamatan pelanggan Shell yang menghidap penyakit jantung, akhirnya pihak Shell mengambil keputusan untuk menukarkan poster iklan tersebut. Kali ini disertakan dengan pemohonan, “Maaf Kalau Terkejut… – Gadis air mineral”

Namun ternyata dalam-dalam mengadu terkejut, pemergian gadis air mineral ini memberi kesan kepada orang ramai. Ada yang rindu dan merasakan suasana di stesen minyak tidak lagi ceria seperti dulu.

Disebabkan itu, gadis air mineral sekali lagi hadir mengejutkan orang ramai. Kali ini saiznya lebih besar, seimbas padang memang nampak macam orang betul.

Tapi tahukah anda siapa di sebalik poster gadis air mineral ini? Beliau ialah Nor Shafila. Nor Shafila atau Ila merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 5 beradik.

Menurut beliau, sejak kematian ayahnya pada 6 tahun lepas, beliau mula bekerja di stesen minyak Shell cawangan Tronoh sebagai penyelia demi membantu meringankan beban ibunya.

Bagi Ila, beliau perlu bekerja untuk menyara ahli keluarganya dan bercita-cita memiliki sebuah stesen minyak sendiri pada masa hadapan. Siapa sangaka, di sebalik senyuman manis gadis air mineral yang anda viral di media sosial ini adalah seorang gadis yang bersemangat tinggi dan bercita besar.

Ikuti kisah Kak Mineral Water melalui video di bawah:

Selain itu, andai anda jatuh hati dengan gadis mineral water ini, ‘maaf sudah berpunya’.