Dalam setiap perlawanan bola sepak antarabangsa pasti ada gelagat penyokong yang memakai pakaian unik untuk ditonjolkan di tengah-tengah kalangan lautan penonton.

Baru-baru ini telah viral gambar seorang jejaka dari Malaysia yang memakai baju Melayu ketika kejohanan Liga Euro 2016 di Perancis.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Jejaka berkenaan ialah Tuan Saiful Adli yang berasal dari Kuala Lumpur. Saya telah mendapatkan sendiri kisah beliau untuk tatapan pembaca.

Ikuti temubual saya dengan jejaka berbaju Melayu di Perancis ini.

berbaju-melayu-di-stadium-perancis-1

Vocket: Assalamualaikum Tuan Saiful, terima kasih atas kesudian untuk ditemubual oleh TV. Boleh tuan kongsikan sedikit berkenaan diri tuan.

Saiful: Waalaikumussalam. Pertama sekali terima kasih kepada The Vocket kerana sudi menemubual saya. Secara jujur saya amat terharu kerana ditemubual oleh satu website ternama seperti The Vocket.

Nama saya Saiful Adli Aziz, berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur. Seorang yang sukakan sukan bola sepak dan telah menonton banyak perlawanan-perlawanan besar di stadium seperti  World Cup 2006 dan 2014, UEFA Champions League, Serie A, EPL, Suzuki Cup dan juga liga tempatan.

Seorang peminat pasukan Juventus, Italy dan Selangor. Bekerja sebagai penganalisa aktuari di sebuah syarikat broker reinsurans. Hobi saya adalah melancong, menonton bola sepak dan mengumpul jersi.

Vocket: Baik, soalan pertama saya, bagaimanakah datang idea untuk berpakaian kebangsaan kita di kejohanan berkenaan?

Saiful: Sebab pertama idea ini timbul kerana perlawanan semi final dan final jatuh pada hari raya. Elok sekiranya saya memakai baju Melayu kerana menyambut hari raya sambil mempromosikan budaya Malaysia di pentas Euro.

Ini adalah perkara normal (memakai baju tradisi) yang dilakukan oleh peminat-peminat bola sepak dari negara lain.

Sebab kedua adalah saya tidak pasti pasukan mana yang akan bermain pada perlawanan yang akan saya hadiri.

Melihat kepada warna pasukan-pasukan di suku akhir, Portugal Belgium Wales memakai warna merah, Itali dan Perancis memakai warna biru, manakala Germany dan Poland memakai warna putih.

Jadi lebih mudah sekiranya saya membawa 3 helai baju Melayu (merah, biru dan putih) daripada membawa 8 helai jersi.

Di samping itu, kos membeli 8 helai jersi adalah tinggi berbanding baju Melayu yang saya sedia ada, maka saya dapat menjimatkan kos.

berbaju-melayu-di-stadium-perancis-2

Vocket: Apa perasaan tuan apabila gambar berkenaan viral?

Saiful: Secara jujurnya, sepanjang Euro 2016 saya berkongsi semua gambar saya di laman instagram, facebook saya, dan juga ‘Group’ Classic Football Shirt (pengumpul jersi bola) dan juga Backpackers Buddies Malaysia (BBM).

Gambar di quarter final dan semi final tidak viral seperti gambar final. Saya agak terkejut kerana tidak pernah mengalami situasi seperti ini (viral).

Saya juga berasa hairan dan tertawa melihat komen yang mengatakan gambar tersebut adalah ‘edit’ dan tidak asli.

berbaju-melayu-di-stadium-perancis-3

Vocket:  Berapa perlawanan yang tuan hadiri, adakah semuanya berbaju melayu? Adakah terdapat apa-apa signifkan di antara pemilihan warna baju melayu dan pasukan yang bermain?

Saiful: Saya menghadiri perlawanan Quarter Final 1, Semi Final 1 dan Final.

Di perlawanan quarter final antara Portugal dan Poland, saya memakai jersi pasukan portugal kerana saya mempunyai baju tersebut sejak World Cup 2014.

Di semi final (1 Syawal) antara Wales dan Portugal, saya memakai baju Melayu warna merah, untuk menyokong dua-dua pasukan.

Di Final (5 Syawal) antara Portugal dan Perancis, saya memakai baju Melayu warna biru kerana baju melayu merah yang dipakai pada semi final belum dicuci, Perancis adalah tuan rumah (faktor keselamatan) dan juga kerana Paul Pogba, Patrice Evra (pemain Juventus) dan Didier Deschamps (lagenda Juventus).

Vocket: Jadi tuan telah menyambut 1 Syawal di sana? Bagaimana respon keluarga Tuan untuk menyambut Syawal di sana? Adakah mereka terkejut dengan perancangan tuan?
 
Saiful: Mereka sangat terkejut kerana memang sukar untuk mendapat tiket-tiket tersebut kerana permintaan yang sangat tinggi.

Mereka memahami minat saya yang sukakan bola sepak dan melancong, malah tumpang gembira kerana peluang ini sukar untuk didapati.

Sanak saudara saya memang berada dan beraya di Kuala Lumpur setiap tahun, maka saya masih berpeluang beraya di rumah mereka selepas saya pulang ke Malaysia. Saya akan pastikan saya dapat bertemu semua dalam bulan Syawal ini.

Keluarga juga berharap dapat melihat muka saya di kaca TV tetapi hajat mereka tidak kesampaian.

Baca: Pengalaman Berbasikal Sejauh 29,000KM Bawa Pemuda Ini Buka Rumah Persinggahan Untuk Pengembara

berbaju-melayu-di-stadium-perancis-4

Vocket:  Sebelum menjejakkan kaki ke sana, pastinya perancangan yang sangat rapi diperlukan agar perjalanan lancar dan teratur. Kalau boleh tuan kongsikan, sejak bila tuan mula merancang trip ke Euro 2016 ini dan bagaimana persediaan yang dilakukan? Apakah antara perkara-perkara yang perlu disediakan?

Saiful: Saya merancang pada bulan Disember ketika permohonan tiket dilakukan. Setelah mendapat keputusan tiket pada 28 Febuari, barulah persiapan yang sangat rapi dilakukan seperti penginapan, pengangkutan dan tempat menarik untuk dilawati.

Persiapan rapi ini sangat penting supaya segalanya berjalan lancar dengan kos yang minimal.

Dari segi mental, saya menanamkan mindset yang saya akan berpuasa selama 18.5 jam di Perancis dan London, dan akan menyambut 1 Syawal di dalam keretapi (dari London ke Lyon melalui Paris), bandar dan stadium Lyon (sangat berlainan dari 1 Syawal di tahun-tahun sebelumnya).

Vocket: Apa reaksi pengunjung Euro yang lain apabila melihat tuan berbaju melayu? Boleh kongsikan reaksi siapakah yang paling tuan ingat? Atau adakah mereka rasa ia kostum yang sama seperti kostum penyokong bola yang lain.

Saiful: Ramai yang mendekati saya untuk bergambar dan bertanyakan saya dari mana dan ini baju apa?

Saya dengan bangganya menjawab ini baju Melayu dari Malaysia, dan pakaian tradisi pada hari raya. Reaksi yang diberikan adalah sangat positif.

Ada 2 reaksi yang paling saya ingati. Yang pertama adalah dari pegawai keselamatan stadium di Lyon (semi final). Beliau bersungguh-sungguh memeriksa songkok dan sampin saya ketika pemeriksaan keselamatan.

Yang kedua adalah pasangan yang memakai baju tradisi Perancis yang diserbu orang ramai untuk bergambar.

Ketika saya bergambar bersama mereka, mereka mengeluarkan kamera sendiri dan mahu ambil satu gambar bersama saya sebagai kenangan kerana tertarik melihat saya memakai baju tradisi Malaysia. Mereka tidak melakukan perkara tersebut pada orang lain.

berbaju-melayu-di-stadium-perancis-5

Vocket: Baik, Euro 2016 telahpun selesai, apa perancangan tuan selanjutnya? Piala Dunia Russia 2018? Adakah tuan telah mula merancang?

Saiful: Secara jujurnya saya belum memikirkan mengenai Piala Dunia Rusia 2018 dan permohonan tiket hanya akan dibuka pada bulan Julai 2017.

Mengenai perancangan terdekat, saya berharap pasukan Malaysia berjaya ke semi final di Piala Suzuki AFF hujung tahun ini supaya saya berpeluang ke stadium untuk menyokong pasukan kesayangan kita semua.

Di samping itu, dalam mencari pengalaman yang baru, saya telah memohon untuk menjadi sukarelawan / ‘liaison officer’ di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Jika terpilih, saya rasa ini peluang untuk menonton bola sepak dari sudut yang berbeza iaitu melihat persiapan sebuah pasukan dari segi pemakanan, latihan, rehat dan perbincangan taktikal dengan lebih dekat.

Vocket: Kami doakan permohonan tuan berjaya. Pastinya pengalaman yang baik dapat dikongsikan lagi sekiranya tuan berjaya untuk terpilih. Seterusnya, apakah nasihat yang tuan akan berikan sekiranya ada pembaca yang ingin mengikut jejak tuan? Daripada segi persediaan, mental dan fizikal, kewangan dan perancangan jadual.

Saiful: Pertama sekali, saya sangat menggalakkan pembaca untuk mengembara di muka bumi ini selagi hayat dikandung badan kerana ilmu dan pengalaman yang diperolehi sukar dinilai dengan wang ringgit dan adalah satu pelaburan yang amat berbaloi.

Mengembaralah mengikut minat masing-masing seperti menikmati keindahan ciptaan tuhan (nature), mempelajari sejarah dan budaya negara lain.

Saya mengambil petikan dari Paulo Coelho, ‘travel is never a matter of money but of courage’.

Persediaan mental, fizikal, kewangan dan jadual akan dilakukan secara automatik jika anda sudah menanam minat dan ‘goal’ untuk melancong ke satu tempat.

Melakukan persediaan/perancangan tersebut adalah sebahagiaan dari keseronokan untuk melancong.

Kedua, kepada yang ingin menonton bola/kejohanan sukan sambil melancong, kelebihannya adalah anda boleh membuat 2 perkara dalam 1 masa.

Pada kejohanan-kejohanan besar seperti ini, kawalan keselamatan diperketatkan di stadium dan juga tempat tarikan pelancong.

Jadi anda akan berasa lebih selamat dari ancaman ‘pickpocket’, pemeras ugut dan gypsi kerana kehadiran polis yang berkawal di serata tempat.

Terdapat ramai sukarelawan yang bertugas untuk memberikan informasi dan mereka sangat bersemangat untuk membantu.

Ketiga, Informasi mudah didapati di laman internet. Contohnya di Backpackers Buddies Malaysia (BBM) terdapat ramai orang yang berkongsi pengalaman dan tips melancong mereka. Jangan segan bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

Dan yang terakhir dan paling penting sekali, have fun when you’re travelling.

Vocket: Akhir kata, adakah tuan akan terus ulangi pemakaian kebangsaan kita di event yang lain?

Saiful: Tentu sekali. Saya sudah rasai pengalaman ini dan ianya sangat menyeronokkan. Banggalah dengan imej dan budaya negara sendiri.

Jangan malu untuk menonjolkan negara Malaysia di mata dunia seperti membawa jalur gemilang atau mengecat muka dengan warna jalur gemilang.

Baca lagi: Kisah Di Sebalik Fenomena Gambar #FollowMeTo Menjadi Viral Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Artikel di atas disumbangkan oleh Nasoha Nasri. Penulis yang besar..

Anda Mungkin Suka