Baru-baru ini Proton telah berkongsi perkembangan terkini mengenai syarikat di mana mereka berjaya meningkatkan hasil jualan pada bulan Februari sebanyak 107% atau 9,225 unit di peringkat domestik dan eksport.

Antara angka-angka jualan yang dikongsikan dalam pengumuman tersebut ialah model kereta Proton Saga mencatatkan 2,951 unit, X50 (3,002 unit), X70 (1,119 unit), Exora (157 unit), Iriz (321 unit) dan Persona (1,675 unit).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah sendiri mengakui bahawa para pelanggannya membuat aduan mengenai kereta mereka mengambil masa yang agak lama untuk dibaiki ekoran masalah stok alat ganti yang terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah | Sumber Gambar: Proton

Proton menyedari isu yang dihadapi berkaitan servis selepas jualan dan isu ketersediaan alat ganti. Pelanggan kami telah menghubungi kami dan kami amat menyesali sebarang kesulitan yang berlaku.

“Saya ingin menegaskan bahawa kami mengambil serius setiap aduan yang diterima dan pihak pengurusan telah mengenalpasti beberapa kekurangan dan isu operasi yang memerlukan penambahbaikkan,” kata beliau.

Bagi mengatasi masalah terbabit, Proton telah melaksanakan peraturan mandatori di mana semua pengedar dikehendaki memegang stok tiga bulan untuk 22 alat ganti permintaan tinggi. Pusat alat ganti juga tertakluk kepada peraturan yang sama supaya ia dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan.

Tambah Roslan lagi, setiap pengedar memperkukuhkan keupayaan dan pengetahuan dalam menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada semua pelanggan Proton.

Diharap berita ini dapat membuatkan pelanggan-pelanggan Proton dapat menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk membaik pulih kenderaan mereka.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Proton Kenya berkongsi berita baik apabila model Saga dipilih oleh rakyat negara tersebut sebagai kereta sedan pilihan ramai.

Proton Saga Diiktiraf Sebagai Kereta Sedan Terlaris Di Kenya Untuk Tahun 2021

Polis Kenya Pilih SUV Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi