Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Antara highlight episod minggu ini Game of Thrones season 7 adalah pertarungan epik di tasik beku antara gang Jon Snow dan White Walker. Jon Snow dan kumpulannya yang terdiri daripada Jorah, the Hound, Beric dan Tormund keluar daripada Wall ke utara untuk menangkap White Walker untuk dijadikan bukti kepada Cersei supaya Cersei percaya dan setuju untuk bergabung melawan Night King dan tenteranya yang semakin bertambah ramai. Plan mereka yang pada awalnya nampak lancar bertukar menjadi satu pertarungan epik di tasik beku. Jon Snow dan kumpulannya terperangkap di tengah tengah tasik beku dikelilingi oleh tentera Night King. HBO mengeluarkan satu video di sebalik tabir pertarungan ini yang penggambarannya dilakukan di utara Ireland dan Iceland. Tonton video tersebut di atas.

Anda Mungkin Suka