Rasanya ramai yang terpegun dengan video muzik rasmi untuk lagu ‘Pejamkan Mata’ nyanyian Malique dan Dayang Nurfaizah. Video muzik artis tempatan jarang yang teknikal seperti ini kerana yang pastinya, video muzik seperti ini memerlukan kos yang besar.

Luey Motion Lab adalah produksi di sebalik muzik video ini. Luey Motion Lab bukanlah nama baharu dalam industi seni. Karya-karya mereka boleh dilihat dalam iklan serta muzik video artis tempatan yang lain seperti Bunkface, Tres Empre, Diandra Arjunaidi dan Yuna. Mereka juga pernah memenangi anugerah Video Muzik Terbaik AIM 2014 menerusi lagu ‘Falling’ nyanyian Yuna.

https://vimeo.com/107160385

Pejamkan Mata merupakan karya terbaru daripada Luey Motion Lab. Di dalam video dua bahagian ini, pengarah Zul Luey sendiri menerangkan bagaimana mereka menghasilkan video hebat ini dalam jangkamasa yang sangat singkat. Mereka juga turut mendapatkan khidmat Tapau TV untuk membantu menjayakan video klip ini.

Jadi bagi anda yang mahu berjinak-jinak dalam dunia video editing, ini adalah video yang boleh anda jadikan reference. Anda boleh lihat cara kerja mereka yang sungguh profesional dalam menjayakan video yang hebat ini. Nak hasilkan benda yang baik, persediaan perlu lebih baik.

Mereka menggunakan kamera Red Epic Mysterium-X semasa proses rakaman dan bagi penggiat seni, tahulah betapa hebatnya kamera ini. Patutlah lain macam pergi feel dan kualiti video muzik Pejamkan Mata ini. Moga Luey Motion Lab terus menghasilkan karya-karya epik seperti Falling dan Pejamkan Mata di masa akan datang.