Pihak berkuasa Malaysia telah menahan ratusan pelarian dan pekerja migran ditengah-tengah situasi COVID-19 yang melanda negara kerana tinggal secara tidak sah.

Kumpulan hak asasi manusia mempersoalkan tindakan ini sambil mengatakan bahawa penangkapan berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum itu, kemarahan rakyat Malaysia muncul dalam beberapa hari terakhir mengenai kehadiran migran asing di Malaysia, beberapa kumpulan di antara mereka telah dituduh cuba untuk memohon hak seperti seorang rakyat Malaysia.

Malaysia mempunyai sekitar 2 juta pekerja asing yang berdaftar tetapi pihak berkuasa menganggarkan terdapat lebih ramai migran asing yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap.

Malaysia juga tidak secara rasmi mengiktiraf pelarian dan menganggap mereka sebagai pendatang haram.

“Penahanan itu dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, di mana ribuan pekerja migran dan pelarian tinggal,” kata pernyataan dan gambar pelbagai organisasi hak asasi manusia di media sosial.

Human Rights Watch dan Asia Pacific Refugee Rights Network menyatakan bahawa lebih daripada 700 pendatang yang ditahan termasuk golongan muda. Jabatan Polis dan Imigresen Malaysia belum memberikan komen mengenai perkara ini.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) mengatakan sejumlah pencari suaka telah ditahan untuk tujuan pengesahan identiti, lapor pihak berkuasa tempatan.

Malaysia mengatakan pekerja asing, kebanyakannya dari Asia Selatan, ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen kebenaran masuk yang lengkap. Reuters turut melaporkan lebih banyak serbuan akan dilakukan dalam beberapa hari akan datang.

Lokasi serbuan itu berlaku disekitar tiga tempat yang dikenakan perintah penutupan bulan lalu setelah terdapat peningkatan kes wabak COVID-19 di sana.

“Kira-kira 9,000 orang tinggal di bangunan-bangunan ini, kebanyakannya orang asing dan 235 orang didapati positif korona,” kata kenyataan kerajaan Malaysia.

Malaysia telah melaporkan sejumlah 6,071 kes korona dan 103 kematian. Kerajaan mengatakan kebanyakan perniagaan akan dibuka semula mulai minggu depan setelah penutupan enam minggu.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Untuk bacaan lanjut mengenai isu melibatkan pelarian Rohingya dan rasa marah rakyat Malaysia, klik pautan di bawah.

Yusuf Azmi Buka Mulut, Nasihat ‘Long Tiger’ Jangan Suka Berperang Sana Sini

Kerajaan Disaran Tetapkan Had Jumlah Pelarian Rohingya Dalam Negara

Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Setuju Jika Kaum Muslim Rohingya Ditempatkan Di Negara Ini

Sumber