Pada petang semalam seorang wanita ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis selepas dia membawa lari Honda City di stesen minyak di hadapan Kolej Vokasional Setapak di Jalan Genting Klang pada 2.30 petang.

Dalam kejadian itu, pemilik kereta berkenaan bersama isteri keluar dari kereta mereka tanpa mematikan enjin sebelum wanita terbabit melarikannya menghala ke pusat bandar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang kapten bas mendakwa sebelum insiden kecurian itu berlaku, wanita terbabit cuba menaiki bas dari Wangsa Maju dengan membawa barang larangan.

https://www.tiktok.com/@capt_mi3zat/video/7065840645490887963?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Selepas mendapati wanita itu membawa satu botol gam dan plastik, kapten bas meminta polis bantuan untuk memujuk dan meminta wanita itu turun. Bagaimanapun, wanita itu menunjukkan kekerasan tidak mahu turun dari bas tersebut.

Tidak lama selepas itu, wanita terbabit didapati terlibat dalam kejadian mencuri kereta Honda City, sebelum ditahan oleh orang ramai di persimpangan lampu isyarat di hadapan Setapak Sentral.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, wanita berusia 38 tahun itu mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Sementara itu, Ashari berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video itu yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat keadaan sebuah Nissan 180SX dibakar sehingga rentung selepas dicuri daripada pemiliknya.

Dicuri Dan Dibakar Sehingga Rentung, Netizen Sayu Lihat Keadaan Terkini Nissan 180SX Ini

Kecewa Bekas Teman Wanita Mempunyai Kekasih Baru, Lelaki Di Perlis Ini Nekad Bakar Diri Sendiri