Kereta Formula 1 (F1) sememangnya satu jentera berkuasa tinggi yang hanya layak dipandu oleh pemandu bertauliah dan ia tidak sesuai untuk dibawa di atas jalan raya awam.

Bagaimanapun, satu ‘individu misteri’ menjadi buruan polis Republik Czech apabila dia sekali lagi kelihatan memandu sebuah kereta F1 baru-baru ini. Menurut laman Motor1.com, individu terbabit pernah kelihatan memandu di lebuh raya D4 antara Příbram dan Dobříš pada tahun 2018.

Pada ketika itu polis Czech meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemandu tersebut untuk menjatuh hukuman di mana dia dilarang daripada memandu di jalan raya selama 6 bulan sehingga satu tahun, ditambah dengan jumlah denda berpuluh-puluh ribu dolar.

Suspek dipercayai berusia 45 tahun, namun terlepas daripada hukuman kerana ‘individu misteri’ itu tidak dapat dikenal pasti dengan jelas kerana topi keledar yang dipakainya.

Bagaimanapun, denda-denda tersebut tidak ‘menggentarkan’ pemandu tersebut setelah dia kembali semula memandu jentera F1 sekali lagi pada baru-baru ini.

Difahamkan kereta itu merupakan tribute kepada Ferrari F2004, yang digunakan oleh pemandu lagenda F1 — Michael Schumacher semasa musim 2004 sukan permotoran tersebut.

Nombor 7 yang ada pada kereta itu dipercayai sebagai satu penghormatan kepada ‘tujuh kali gelaran dunia’ yang dipegang oleh Michael Schumacher; pencapai terbaharu pada 2004 menggunakan jentera F2004.

Menurut portal tempatan Idnes.cz, Persatuan Perlindungan Pemandu, yang mewakili pemandu yang disyaki, mengecam keputusan polis untuk tidak memberhentikan kenderaan itu.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Penduduk Malaysia dan Maldives boleh guna lesen sedia ada untuk memandu di antara kedua-dua negara. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lesen Malaysia Boleh Digunakan Untuk Memandu Di Maldives Bermula Bulan Hadapan

Bertugas Di Daerah-Daerah Terpilih, Kereta Peronda ‘Myvi Polis’ Hasil Projek CSR Perodua Dan PDRM

‘Bukan Untuk Semua Jemaah Menteri’ – Menteri KASA Tampil Beri Penjelasan Tentang Kereta EV