Baru-baru ini tular mengenai pelawak, Atu Zero membahan penyanyi, Nabila Razali ketika rancangan The Masked Singer Malaysia, musim ketiga.

Susulan kejadian itu, isteri Atu Zero, Shafeeqa Johari turut tampil membuat permohonan maaf di atas tindakan suaminya yang dikatakan bergurau kasar tentang bakat nyanyian Nabila.

Baca Juga:

Menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya, dia menjelaskan Atu sekadar melawak sahaja. Malah, menegur sikap suaminya yang terlalu ‘obses’ membaca komen netizen sehingga bergurau seperti itu.

Dalam pada itu, Shafeeqa juga berharap orang ramai tidak menganggap Atu seorang yang sombong kerana baginya, suaminya seorang yang baik hati dan sering membantu orang susah.

“Kami ini bukan siapa-siapa. Dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa. Demi Allah tidak sombong insan bernama Atu ini,” tulisnya menerusi Instagram.

Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Atu yang bersoloroh mengenai Nabila tidak boleh menyanyi secara ‘live’.

Menurut Nabila, dia menganggap gurauan itu tidak lucu kerana dia sudah sehabis baik memperbaiki nyanyiannya untuk menjadi lebih baik setiap tahun.

Difahamkan, Atu sudah memohon maaf kepada Nabila di atas kesilapannya menerusi Direct Message (DM) di Instagram, namun masih tidak terbalas.