Lepas pencen, kerja Abah ialah berkebun, bertukang dan jadi pengadil atau pengurus perlawanan bola sepak. Walaupun Abah dulu pegang jawatan yang agak tinggi dalam kerajaan, tapi Abah tak segan untuk kerja ambil upah bertukang rumah orang dan berkebun di tanah orang kampung yang tak diusahakan.

Abah sangat rapat dengan orang kampung. Orang kampung kenal Abah sebagai Ustaz Shafie tapi saya rasa mereka tak tahu jawatan Abah dulu. Orang yang kenal jawatan Abah dalam kerajaan dulu ada yang cakap:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Owh, tergamak engkau suruh (upah) Ustaz Shafie tu buat kerja bertukang dan berkebun macam tu?”.

Orang yang cakap macam itu, dia tak kenal Abah.

Abah aktif berkebun, bertukang dan bersukan sejak dari zaman muda lagi. Diusia 69 tahun sekarang, Abah masih aktif turun padang bermain boleh sepak setiap petang dengan orang muda! Abah belum ada apa-apa penyakit kronik yang biasanya ramai orang umur 50-an dah kena. Alhamdulillah.

Kekadang orang tegur Abah, “Ustaz kuat kerja buat apa? Dengan umur Ustaz tu, baik duduk berehat je buat ibadat.”

Abah jawab, “Saya kerja ni supaya saya boleh makan.”

Mereka ingat Abah cakap macam itu sebab tak cukup duit tapi hakikatnya Abah buat kerja-kerja itu semua semata-mata sebab minat dan nak jaga kesihatan. Duit Abah tak kisah.

Orang umur Abah, kalau pun banyak duit, ramai yang dah tak boleh makan. Mereka hanya mampu makan ubat je!

Jadi kalau pun tak ada orang upah Abah buat kerja-kerja berkebun dan bertukang, Abah tetap buat kerja-kerja itu di rumah. Abah bukan jenis boleh duduk diam.

Rumah Abah itu duduk dalam tanah kebun seluas 4 ekar. Segala alat berkebun dan bertukang penuh dalam stor Abah. Dari alat bertukang dan berkebun yang kecil sampai mesin tebang pokok pun Abah ada.

Terbaru, motosikal Abah yang dah di-upgrade jadi motosikal roda tiga. Motosikal itu Abah guna untuk bawa kayu-kayu besar yang Abah tebang dan angkut alat bertukang.

Abah sedang rancang projek terbarunya iaitu tanam pokok kelapa. Nak tanam kelapa secara besar-besaran katanya.

Moral of the story:

1. Bila kita tak ada masalah kewangan, maka kita boleh pilih untuk buat kerja apa yang kita suka dan kita happy dengan kerja kita walaupun kerja biasa-biasa sahaja.

2. Bila kita happy dengan kerja kita, kita akan buat yang terbaik tanpa jemu. Tak ada lagi istilah “waktu pejabat” atau “hari cuti”. Hari-hari kita akan bekerja. Bekerja dan bermain, tak ada beza bagi kita sebab kita seronok melakukannya.

3. Pencen bukan soal umur, tapi soal kedudukan kewangan. Bila kita mempunyai kedudukan kewangan yang baik, kita boleh pilih kerja yang kita suka dan happy dengan kerja kita walaupun masih di usia muda.

InsyaAllah.