Kecoh baru-baru ini apabila tular video melibatkan seorang lelaki berbadan sado yang keluar dari kereta Proton Persona lalu mengetuk dan menunjal kepala seorang pemandu wanita.

Tindakan yang tular menerusi rakaman video itu secara tidak langsung menjadi bukti kepada pihak polis di mana lelaki tersebut telah direman selama 3 hari mengikut keputusan pihak mahkamah.

Baca Juga:

Tidak hanya bertindak diluar kawalan sewaktu kes melibatkan pemandu wanita berkenaan, tular pula sebuah video perkongsian TikTok @puthreess yang tampil berkongsi telatah lelaki ini sewaktu di sebuah kedai makan di Cameron Highlands.

@cadar_puterichantique

Replying to @PUTHREESS

♬ original sound – PUTHREESS – CADAR_PUTERICHANTIQUE

Kisahnya bermula apabila wanita ini melihat kelibat lelaki berbaju merah yang tular itu di kedai Glory Steamboat. Pada awalnya, beliau mengabaikan tindakan lelaki tersebut yang menampar pekerja-pekerja restoran tersebut kerana berpendapat lelaki tersebut tidak normal.

Walau bagaimanapun, keadaan menjadi lebih serius apabila lelaki tersebut marah dan melemparkan makanan sebelum menampar pekerja baharu berkali-kali.

Situasi yang berlaku telah mendesak keluarga wanita ini untuk menegur tindakan lelaki tersebut untuk bersabar serta berhenti memukul pekerja restoran tersebut.

Wanita ini turut memberi amaran kepada lelaki tersebut memaklumkan beliau tidak teragak-agak untuk memanggil pihak polis sekiranya tindakannya yang dibuat beliau mengundang rasa tidak puas hati lelaki tersebut.

Amaran yang dibuat telah membuatkan lelaki tersebut berang lalu memaklumkan kepada keluarga wanita ini agar tidak masuk campur urusannya.

@cadar_puterichantique

Replying to @Dennis Pillai

♬ original sound – PUTHREESS – CADAR_PUTERICHANTIQUE

Perkongsian yang dibuat meskipun menerima pelbagai respon di kalangan netizen, terdapat pekerja restoran berkenaan yang tampil berterima kasih kepada keluarga wanita ini yang membantu sewaktu kejadian memukul tersebut berlaku.

Pengadu wanita ini turut mengingatkan orang ramai bahawa negara kita mempunyai undang-undang. Malah, sifat sabar perlu ada dalam diri dalam menanti makanan khususnya pada kedai yang penuh dengan orang ramai.