Sharifah Shahirah baru-baru ini menerusi laman Instagram meluahkan rasa terkejut apabila anak lelakinya, Airell dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila bas yang dinaikinya dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur terbabas di Jasin, Melaka.

Lebih mengejutkan, beliau sekadar dimaklumkan oleh anaknya bahawa bas yang dinaikinya rosak. Nasib menyebelahi anaknya apabila Airell memilih untuk berada di tempat duduk belakang yang sekaligus mengelakkan daripada kecederaan yang lebih serius.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: berita harian

Difahamkan, Airell ke Singapura bagi menghadiri festival animasi. Airell yang pada awalnya cuma berlindung mengenai insiden yang berlaku akhirnya diketahui Sharifah Shahirah apabila mendapati terdapat kesan luka pada kepala Airell.

Tambah Sharifah Shahirah lagi, suaminya sepatutnya mengambil anak pada jam 5 pagi walau bagaimanapun dimaklumkan bas yang dinaiki anaknya tiba lebih lewat berikutan ‘bas rosak’.

Sumber: instagram Shieraijoy

Artis yang juga penyampai radio ini turut meluahkan rasa syukur selepas tidak ada kecederaan serius yang berlaku pada anaknya.

Untuk pengetahuan, insiden bas ini telah membuatkan 16 daripada 27 penumpang cedera termasuk warga Singapura selepas bas ekspres tersebut dilaporkan merempuh belakang treler pada Kilometer 179, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara.

Sumber