Perkahwinan adalah salah satu momen yang akan diingati sampai bila-bila dan setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri untuk merakam momen penting ini. Pasangan dari Singapura Alvin Lau dan Alexis Loo juga tidak terkecuali tetapi gambar pra-perkahwinan mereka lebih unik jika dibandingkan dengan orang lain.

Alvin dan Alexis bertemu secara online melalui permainan video Diablo III. Kalau kaki gamers mesti sangat kenal dengan permainan ini. Pada mulanya mereka hanyalah rakan biasa sebelum cinta berputik dan mereka kini akan berkahwin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai memperingati pertemuan pertama mereka, mereka memilih tema Diablo untuk rakaman gambar pra-perkahwinan mereka. Mereka memakai costume lengkap dengan baju perisai dan senjata yang terdapat dalam permainan video Diablo. Sangat cool dan epik!

Mezame, studio di sebalik rakaman ini bertanggungjawab mencari costume dan lokasi untuk pengambaran ini. Selepas rakaman siap, mereka ke studio dan edit gambar Alvin dan Alexis seperti mereka sedang bertempur dengan raksasa dalam Diablo. Gila awesome. Lihat gambar behind the scene dan gambar akhir photoshoot ini. Anda peminat tegar DOTA di luar sana takkan tak mahu ikut jejak Alvin dan Alexis? Kalau ada yang buat gambar begini, boleh kongsikan kepada kami.