Ketika ini, drama Layangan Putus yang diadaptasi dari kisah benar jadi bualan netizen di Indonesia dan juga Malaysia. Malah, ramai juga yang melakukan parodi babak-babak ikonik dalam siri tersebut.

Menurut laporan, drama Layangan Putus ini berjaya meraih 15 juta tontonan dalam satu hari penayangannya. Berdasarkan analisa Google Trends, siri ini menjadi topik paling banyak dicari, sekaligus mengalahkan jumlah pencarian untuk tayangan lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, adegan ketika Kinan mengamuk apabila mengetahui Aris membawa Lydia ke Cappadocia berjaya bermain dengan emosi penonton dan dapat dilihat parodi adegan tersebut di media sosial.

Terdahulu, siri yang diarahkan oleh Benni Setiawan ini telah viral di di lebih 25 negara selain menjadi topik perbualan netizen. Pencapaian ini merupakan pembukaan tahun baru 2022 yang baik untuk WeTV.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Habislah Rahsia Terbongkar’- AC Mizal Beri Respon Selepas Tular Video Penari Mirip Wajahnya

Selepas 4 Tahun, Netizen Teruja Filem Sekuel Pengabdi Setan Sah Bakal Ditayangkan Tahun Ini

Netizen Teruja Senario Bakal ‘Comeback’ Dengan Filem Terbaru Arahan Aziz M. Osman