Bukan mudah untuk berpeluang menyanyi bersama dengan penyanyi yang disukai di atas pentas. Baru-baru ini tular sebuah video seorang peminat berjaya ‘take over’ pentas selepas dijemput Sam Bunkface untuk menyanyikan satu lagu kumpulan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik peminat tersebut, dapat dilihat pada awalnya dia terlihat gemuruh tetapi mulai selesa selepas berjaya menyanyi ikut rentak serta berjaya mengawal crowd untuk menyanyi bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@syamirultakeover

pegi AMK vibing❌ pegi AMK take over stage✅ 🫡🫡🫡 #fyp #foryoupage #johorbahru #festivalakumuzikkamu2023 #coactionmagic #bunkface #panik

♬ original sound – syamirulforsept – syamirulforsept

Malah, suara lelaki tersebut juga merdu membuatkan Sam Bunkface terkejut dan juga enjoy mendengar nyanyian lelaki terbabit menyanyikan lagunya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji keberanian lelaki terbabit untuk menyanyi di atas pentas serta suaranya juga sedap didengar.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut bergurau mengatakan bahawa lelaki terbabit boleh menjadi penyanyi dan Sam Bunkface boleh bersara awal.

Menurut laporan, rupanya lelaki terbabit bukan pertama kali pernah menyanyi di atas pentas bersama Sam Bunkface kerana pernah dipanggil naik sebelum ini.